Thursday, May 5, 2011

:: Ok, Mengidam Apa Ntah...

x tahu la tajuk entry tu sesuai ke x. Sebab mengidam tu macam sesuai digunakan untuk wanita yang mengandung kan? Ok, saya dah menggoogle sekejap, jadi boleh juga guna perkataan mengidam wakaupun tidak mengandung. Cuba klik sini sekejap untuk tengok. Jadi, saya mengidam atau ingin benar makan sesuatu, iaitu makan kek. Entah, rasa macam nak makan makanan-makanan yang manis dan ada krim.Aiskrim pun boleh juga...

Ini sebab tadi, buka blog Fatin Liyana tu, kemudian tengoklah entry beliau, buat tiramisu,MasyaAllah...sedapnya tengok. Terliur juga. Perasaan untuk mencuba buat pun ada, tapi....(caitt...ada tapi juga tu!). 

Oh, ini saya google sahaja. Thanks Mr.Google.

Saya bukan lah penggemar tiramisu tapi suka juga lah.Ikut mood hendak makan. Tapi saya tidak ingat lah di mana, cafe la, makan tiramisu di sana, dan bila sudah selesai makan, hendak bayar, baru tahu, dicampurkan alkohol sedikit di dalamnya..Erm, apa boleh buat, dah kenyang pun kan.Dan selepas kejadian itu, saya agak paranoid sikit dengan tiramisu. Setiap kali saya teringin, saya akan tanya non-alcohol or not? Sebab memang ada sesetengah kedai dia campurkan dengan alkohol. Nak bagi rasa ala2 masam sedikit. (masam ke ek rasa tu? x reti nak explain la rasa tu macam mana)

Ok, hari tu, waktu Hijas ada di sini, ada juga cakap dengan dia nak makan kek.Waktu tu teringin nak makan blueberry cheese cake. Erm, minta sahaja la. Tidak dilayan nya dia. Buat x tahu lagi ada. 

 Ini pun saya google juga. Thanks Mr.Google.

Ok la, nanti saya mencari sendiri makanan-makanan simple ni. Beli sepotong sudah.Kongsi dengan housemate.Mesti habis punya. Cuba tahan lagi hari ini. Macam x tahu hendak cari di mana dekat. Mungkin besok sahaja cari di USJ Taipan.

Ok, sampai jumpa nanti!

1 comment:

  1. biasenye kalo time ngandung sy guna istilah 'mengidam', kalo x preggy sy guna 'kepingin' ... =D

    ReplyDelete