Sunday, May 15, 2011

:: Kemas Kini Muka Surat

Selamat hari Ahad. Besok Isnin, lepas tu Selasa,yeay! Cuti balik. 1 Malaysia kan. Orang lain yang sembahyang, orang-orang lain yang sibuk cuti.Ngeee....Tiada apa pun yang menarik untuk kongsi kali ini. Cerita secara rawak sahaja ya! Rasa ingin baca teruskan, rasa tidak mahu pangkah sahaja. Ok, jom mulakan cerita.Benar kan ye..

Pertama, tiada yang istimewa sempena hari ibu hari tu. Tiada acara makan diluar, hadiah atau pun kad. Sebab setiap hari adalah hari ibu. Kalau nak bagi, kena bagi hari-hari lah kan? haha. Eh, tidak. Sebab masing-masing sibuk dengan majlis hujung bulan ni. x sempat hendak prepare apa2 sempena hari ibu. Ok, Selamat Hari Ibu Puan Zauyah! :P

oh, ini lah saya dan Puan Zauyah

Oh ya, hari tu hari jururawat. Jadi, Selamat Hari Jururawat untuk Iya, adik saya. Dia bekerja di wad Cardio Pediatric di Hospital Serdang. Wad kanak-kanak yang untuk sakit jantung. Kerja dengan ikhlas ye, besar pahala tu :)

Iya, sewaktu hari first lapor diri untuk posting

Dan besok adalah hari guru. Selamat Hari Guru untuk Kakak dan Abang Wan. Sampai jatuh-jatuh jeti kakak pagi kelmarin sewaktu hendak naik bot pergi ke sekolah. Nasib lah, dah kerja kan. 

Kakak dan suami, Abang Wan. 

Seterusnya, majlis hujung bulan ini. Orang lain yang punya, saya pula yang terasa sibuknya mengalahkan majlis saya. Sebab tiada siapa lagi yang ada dirumah. Cuma saya sahaja yang terdekat. Majlis saya nanti, saya yang terakhir, ada ke yang membantu? entah lah, buat sendiri sahaja nanti. Kusut, serabut majlis orang, saya pun terlibat.Adeh!. Berdoa sahaja, semua berjalan lancar.

Ok, untuk diri saya sendiri, menunggu Hijas datang ke sini minggu ini. Entah jadi ke tidak tu, saya tidak pasti. Ok la, sampai jumpa nanti ya!


No comments:

Post a Comment