Monday, May 16, 2011

:: Ini Ofis Saya, beranganlah...

Hari ini rasa malas sedikit untuk menyudahkan kerja. Bukan tiada kerja, bertambah ada tapi penyakit malas datang pula serta merta. Jadi, kita tolak fail-fail ini ke tepi dulu ya, nanti lah sambung. Kalau rasa. Tapi hendak kemas kini dulu di sini :P

Kenapa malas buat kerja? Sebab bos dah keluar. Kan? Best kan kalau bos x da. Sebab rasa buat kerja pun, kerja x kan habis. Betul x? Kan..kan...Selalu juga rasa macam itu, tapi dah nama kerja, memang lah x kan habis. Sebab ofis x cantik? Pun iya juga kan? Jadi, jom berangan nak? Berangan ofis jadi cantik!


Jom mula dengan ruang menunggu..

Sumber  Di sini

Ok X? Over kan? Melampau. Ingat ofis ni besar Sunway Pyramid ka apa? Aish....x mau2..Cari lain..Tapi cantik juga kan ada warna-warna hijau. Erm, tapi besar sangat lah.

Sumber  Di sini

Saya agak suka yang ini. Sebab guna style moden. Siap ada TV lagi. Confirm setiap pukul 5.30 pm saya buat-buat akal kemas di sini. Sebab hendak tengok drama dekat TV3. Best2. Setiap hari Jumaat, duduk di sini pukul 1.30 pm. Pun hendak tengok drama dekat TV3. Kan perempuan melayu terakhir. Tapi untuk 12.00 pm setiap hari untuk Wanita Hari Ini x mahu lah. Banyak sangat cakapnya.

Sumber  Di sini

Pun cantik juga. Sebab warna hijau tu dan juga gaya moden. Tapi tiada TV. Bosan lah saya kalau buat-buat akal kemas di sini. x pa la, saya pilih yang ada TV tadi lah. :D

Untuk receptionist pula, saya pilih yang ini lah. 

Sumber  Di sini

Tapi, meja tu hendak cat warna putih. Tidak mahu nampak sangat elemen 'wood' di situ. Biar putih. Sebab hendak gaya moden kan?

Jom, ke pantry ofis saya. Hahaha.

Sumber  Di sini

Erm, ok juga yang ini. Tapi ini ruang untuk makan sahaja. Untuk peti ais,sinki, wardrobe tiada. Macam lah ofis besar sangat hendak ada ruang lain untuk benda-benda itu.

Sumber  Di sini

Ok, ambil yang ini sahaja. Ruang makan dan segala bagai dalam satu tempat. Tidak payah runsing hendak bubuh di mana. Erm, kalau begini, setiap kali lunch tapau sahaja. x payah nak beratur panjang dan berebut meja di kedai depan tu.

Sekarang ke ruang untuk bekerja pula. Ruang untuk orang-orang teknikal seperti saya bekerja. Perkara pertama, asingkan orang-orang yang bukan terlibat dengan teknikal dengan orang teknikal. Buat menyemak sahaja mata kalau mereka ada. Gaya mereka bekerja juga tidak sama dengan orang teknikal. Jadi, kena asingkan! Letak dinding tinggi pun x pa, janji boleh connect melalui intercom.

Sumber  Di sini

Besar kan? Ok, saya pilih yang ini. Biar besar-besar. Dengan pelan-pelan saiz besar. Fail projek itu dan ini yang  bertimbun atas meja, memang kena ruang besar-besar. Selagi projek tu belum setel, fail tidak boleh simpan. Semua kena letak atas kepala.


Sumber  Di sini

Yang ini pun ok juga. Tapi ruang terhad dan x berapa seronok lah orang lalu lalang belakang kita waktu buat kerja. Ok, ambil sahaja yang atas tu. Besar dan memang menggunakan konsep studio.

Ruang apa lagi yer belum saya letak. Oh, tandas! x kan ofis canggih2 tetapi tandas kelas 3 kan?

Sumber  Di sini

Ok, ambil yang biasa-biasa sahaja. Nanti ada pulak yang mengular lama-lama dalam tandas terutama waktu bulan puasa. Asingkan tandas untuk lelaki dan perempuan. Itu penting!


Rasanya habis  sudah kot berangan-angan. Tiada konsep khusus yang diterapkan. Konsep carca marba sahaja. Hahaha. Pilih ikut suka. Best kan kalau ruang kerja kita selesa dan sesuai dengan kita. Mempengaruhi tau tahap rajin ke tidak menyudahkan kerja. Ok lah, nanti mungkin ada entry untuk rumah saya pula versi berangan-berangan. Tapi itu kena update bila di rumah nanti lah yer.


Update antry ni pun berhenti-henti. Selang seli dengan kerja menyiapkan surat. Sudah habis waktu kerja pun ni. Saya nak finalkan surat yang kena siapkan ni. Sampai jumpa nanti ya!


2 comments: