Tuesday, May 24, 2011

:: Dalam Bandar Ada Kampung, Dalam Kampung Ada Tanah Kosong..

Dalam tanah kosong ada rumah terbengkalai. Mengucap panjang...kenapa lah boleh dapat site macam ni? erm...dah lah sorang-sorang. Not officially tanah kosong lah sebenarnya. More to semak samun dan lalang but still ada tanah kosong yang bersih. Saya sebenarnya hendak bercerita, sepanjang saya memegang post town planner ni dan sepernah pergi mana-mana site visit, semalam adalah yang agak mencabar sedikit. Rasa menyesal waktu tu pun ada, kenapa lah aku yang pergi site ni?????? 

Di Kajang site tu. Di belakang kampung yang tengah bandar dan lebih specific di belakang rumah orang. Saya bawa kereta sehingga ke hujung jalan dan maksudnya hujung jalan tu adalah rumah yang terakhir. Mula-mula tersalah masuk lorong. Tuan rumah keluar lah, ye lah kan, tengok stranger pergi belakang rumah dan terhendap-hendap. Dah lah belakang tu lalang yang sama tinggi dengan saya. Bila saya bercerita apa-apa yang patut, erm...ni bukan dekat sini dik, ni dekat sebelah sana. Lorong lagi satu.Ok, terima kasih sebab memberitahu tempat yang betul. Kenapa datang sorang-sorang. x bawa kawan ke? bahaya ni. bawa lah adik ke, kawan kerja ke? dekat situ tempat penagih dadah. Doa kan saya. InsyaAllah, tiada apa-apa.

Bergerak ke lorong lagi satu. Pun di hujung jalan.Pun di belakang rumah orang. Kali ini terus bagi salam di rumah hujung. Dan betullah di belakang itu adalah site. Erm, nak ikut susur pokok pisang tu yer. Baru berdiri dekat pokok pisang. Tiba-tiba dah bergerak2. Ya Allah, biawak. Rasa nak menangis, mengucap waktu tu juga. Sebab, kenapa aku yang kena pegi sini???? Statik sahaja berdiri di situ. Dah lah rendah, lepas tu ada pagar zink.Apalah yang nampak. Nampak ini je..


Tu je lah yang nampak. Dah terpikir dah nak panjat dahan pokok tu. Tapi nak pergi situ takut anak biawak lain pulak keluar. Ini baru sebahagian kecil. Sebelah sini. Belum lagi yang sebelah sana. Dah terasa akan kena maki balik ofis nanti ni. Naik lah balik ke rumah makcik tu. Dapat ke gambarnya? Dah cakap-cakap dan mendengar alasan macam budak-budak iaitu ada biawak...ok, jom lah, makcik teman. Kejap, makcik ambil parang. Nak masuk hutan.

Dan akhirnya, terima kasih kepada makcik tu dan anak lelaki nya yang baru bangun tidur sebab kerja shift malam...Jom, tengok gambar site.




Agak horror kan? Ada lah saya jumpa sisa-sisa bekas tong gam. Ada lagi empat deretan rumah terbengkalai di belakang-belakang blok ni. Tidak lah saya kebelakang. Karang benda lain pulak yang keluar, anak gajah ke, baby harimau ke atau bapa ular sawa. Huhu. Yang ini satu bahagian. Ada lagi bahagian yang lain.


Actually dekat tengah2 site saya ni adalah kawasan lapang. Tu yang makcik tu willing nak teman. Cuma jalan masuk yang tiada. Kena redah semak samun. Dan gambar di atas tu pula adalah apartment yang x siap. Saya tidak ke sana secara dekat sebab di sana ada penagih dadah berumah tangga di situ. Jadi, cukup lah sekadar dari jauh sahaja.



Yang ini hanya tiang-tiang sahaja yang sudah pacak. Dan dah jadi kolam pun. Saya x pergi pun di sebelah sana. Dengan selipar, seluar dah comot-comot. Malas dah lah. Kesian dekat makcik yang teman saya pun ada. Datang tempat orang, dah macam menyusahkan orang pula. Sangat berterima kasih dengan makcik tu dan anak dia. Moral yang saya dapat hari tersebut, malu bertanya sesat jalan dan jangan sombong dengan orang. Nanti sesat.Dah sesat apa pun x dapat, millage kereta semakin bertambah. Nak claim nanti kena marah sebab claim macam menipu..oopsss :D

Ok, kesimpulan yang saya dapat, siapa cakap orang perempuan x boleh redah hutan untuk buat kerja. Boleh tau. Jangan pandang ku sebelah mata, hanya kerna aku wanita. Tapi bila ada anjing, biawak, ular, pacat...tu yang macam hendak menangis juga di situ. 

Habis dah cerita pasal kerja. Saya hendak bercerita pasal projek choc chip cookies dan kek coklat kukus hari sabtu yang lepas. Tapi lain kali lah.

Ok, sampai jumpa nanti!

No comments:

Post a Comment