Tuesday, May 24, 2011

:: Dalam Bandar Ada Kampung, Dalam Kampung Ada Tanah Kosong..

Dalam tanah kosong ada rumah terbengkalai. Mengucap panjang...kenapa lah boleh dapat site macam ni? erm...dah lah sorang-sorang. Not officially tanah kosong lah sebenarnya. More to semak samun dan lalang but still ada tanah kosong yang bersih. Saya sebenarnya hendak bercerita, sepanjang saya memegang post town planner ni dan sepernah pergi mana-mana site visit, semalam adalah yang agak mencabar sedikit. Rasa menyesal waktu tu pun ada, kenapa lah aku yang pergi site ni?????? 

Di Kajang site tu. Di belakang kampung yang tengah bandar dan lebih specific di belakang rumah orang. Saya bawa kereta sehingga ke hujung jalan dan maksudnya hujung jalan tu adalah rumah yang terakhir. Mula-mula tersalah masuk lorong. Tuan rumah keluar lah, ye lah kan, tengok stranger pergi belakang rumah dan terhendap-hendap. Dah lah belakang tu lalang yang sama tinggi dengan saya. Bila saya bercerita apa-apa yang patut, erm...ni bukan dekat sini dik, ni dekat sebelah sana. Lorong lagi satu.Ok, terima kasih sebab memberitahu tempat yang betul. Kenapa datang sorang-sorang. x bawa kawan ke? bahaya ni. bawa lah adik ke, kawan kerja ke? dekat situ tempat penagih dadah. Doa kan saya. InsyaAllah, tiada apa-apa.

Bergerak ke lorong lagi satu. Pun di hujung jalan.Pun di belakang rumah orang. Kali ini terus bagi salam di rumah hujung. Dan betullah di belakang itu adalah site. Erm, nak ikut susur pokok pisang tu yer. Baru berdiri dekat pokok pisang. Tiba-tiba dah bergerak2. Ya Allah, biawak. Rasa nak menangis, mengucap waktu tu juga. Sebab, kenapa aku yang kena pegi sini???? Statik sahaja berdiri di situ. Dah lah rendah, lepas tu ada pagar zink.Apalah yang nampak. Nampak ini je..


Tu je lah yang nampak. Dah terpikir dah nak panjat dahan pokok tu. Tapi nak pergi situ takut anak biawak lain pulak keluar. Ini baru sebahagian kecil. Sebelah sini. Belum lagi yang sebelah sana. Dah terasa akan kena maki balik ofis nanti ni. Naik lah balik ke rumah makcik tu. Dapat ke gambarnya? Dah cakap-cakap dan mendengar alasan macam budak-budak iaitu ada biawak...ok, jom lah, makcik teman. Kejap, makcik ambil parang. Nak masuk hutan.

Dan akhirnya, terima kasih kepada makcik tu dan anak lelaki nya yang baru bangun tidur sebab kerja shift malam...Jom, tengok gambar site.




Agak horror kan? Ada lah saya jumpa sisa-sisa bekas tong gam. Ada lagi empat deretan rumah terbengkalai di belakang-belakang blok ni. Tidak lah saya kebelakang. Karang benda lain pulak yang keluar, anak gajah ke, baby harimau ke atau bapa ular sawa. Huhu. Yang ini satu bahagian. Ada lagi bahagian yang lain.


Actually dekat tengah2 site saya ni adalah kawasan lapang. Tu yang makcik tu willing nak teman. Cuma jalan masuk yang tiada. Kena redah semak samun. Dan gambar di atas tu pula adalah apartment yang x siap. Saya tidak ke sana secara dekat sebab di sana ada penagih dadah berumah tangga di situ. Jadi, cukup lah sekadar dari jauh sahaja.



Yang ini hanya tiang-tiang sahaja yang sudah pacak. Dan dah jadi kolam pun. Saya x pergi pun di sebelah sana. Dengan selipar, seluar dah comot-comot. Malas dah lah. Kesian dekat makcik yang teman saya pun ada. Datang tempat orang, dah macam menyusahkan orang pula. Sangat berterima kasih dengan makcik tu dan anak dia. Moral yang saya dapat hari tersebut, malu bertanya sesat jalan dan jangan sombong dengan orang. Nanti sesat.Dah sesat apa pun x dapat, millage kereta semakin bertambah. Nak claim nanti kena marah sebab claim macam menipu..oopsss :D

Ok, kesimpulan yang saya dapat, siapa cakap orang perempuan x boleh redah hutan untuk buat kerja. Boleh tau. Jangan pandang ku sebelah mata, hanya kerna aku wanita. Tapi bila ada anjing, biawak, ular, pacat...tu yang macam hendak menangis juga di situ. 

Habis dah cerita pasal kerja. Saya hendak bercerita pasal projek choc chip cookies dan kek coklat kukus hari sabtu yang lepas. Tapi lain kali lah.

Ok, sampai jumpa nanti!

Thursday, May 19, 2011

:: Jom, Tengok Wayang.

Sebab malam tadi tengok Nur Kasih The Movie, jadi entry yang ini nak ajak semua pergi tengok wayang. Tengok lah cerita apa-apa pun. 

Movie semalam? ok lah, siapa yang x tengok drama Nur Kasih lagi, better don't. Terus tengok movie terus pun x pa. Tapi jangan nanti dalam theater room tu tertanya-tanya orang sebelah 'eh, scene nape? sebelum ni apa jadi? Eh, bini dia pergi mana?' Tolonggg yer, mintak tolongggggggg. Ini panggung wayang. Sangat annoying okeh!

Better, korang tengok dulu filem, then baru rasa nak tengok drama. Ni kalau dah tengok drama, dan ada pula sambugan dekat filem, rasa lain. Macam-macam rasa. Unsatisfied tu memang banyak lah. Tapi x da lah cakap cerita tu x best. Boleh di terima pakai lagi la. Cuma, ada kureng sikit lah...Adam & Nur Amina memang superb la! Saya rasa every couple nak jadi macam diaorang. Saya pun. InsyaAllah.

Ha, movie yang akan datang ni memang saya tunggu dan memang masuk dalam list-list movie yang mesti, hendak, akan saya pergi tengok. Apa pun terjadi! X da orang teman pun, saya akan pergi sendiri. 


Ha, nah, segabak besor poster saya bagi! Yang 1st, saya tengok dua kali dekat cinema. Yang 2nd, saya pergi tengok  tiga kali. Yang 3rd ni x tau la berapa kali...hahaha.

Ok, nak keluar, jumpa client. Jumpa nanti!

Monday, May 16, 2011

:: Ini Ofis Saya, beranganlah...

Hari ini rasa malas sedikit untuk menyudahkan kerja. Bukan tiada kerja, bertambah ada tapi penyakit malas datang pula serta merta. Jadi, kita tolak fail-fail ini ke tepi dulu ya, nanti lah sambung. Kalau rasa. Tapi hendak kemas kini dulu di sini :P

Kenapa malas buat kerja? Sebab bos dah keluar. Kan? Best kan kalau bos x da. Sebab rasa buat kerja pun, kerja x kan habis. Betul x? Kan..kan...Selalu juga rasa macam itu, tapi dah nama kerja, memang lah x kan habis. Sebab ofis x cantik? Pun iya juga kan? Jadi, jom berangan nak? Berangan ofis jadi cantik!


Jom mula dengan ruang menunggu..

Sumber  Di sini

Ok X? Over kan? Melampau. Ingat ofis ni besar Sunway Pyramid ka apa? Aish....x mau2..Cari lain..Tapi cantik juga kan ada warna-warna hijau. Erm, tapi besar sangat lah.

Sumber  Di sini

Saya agak suka yang ini. Sebab guna style moden. Siap ada TV lagi. Confirm setiap pukul 5.30 pm saya buat-buat akal kemas di sini. Sebab hendak tengok drama dekat TV3. Best2. Setiap hari Jumaat, duduk di sini pukul 1.30 pm. Pun hendak tengok drama dekat TV3. Kan perempuan melayu terakhir. Tapi untuk 12.00 pm setiap hari untuk Wanita Hari Ini x mahu lah. Banyak sangat cakapnya.

Sumber  Di sini

Pun cantik juga. Sebab warna hijau tu dan juga gaya moden. Tapi tiada TV. Bosan lah saya kalau buat-buat akal kemas di sini. x pa la, saya pilih yang ada TV tadi lah. :D

Untuk receptionist pula, saya pilih yang ini lah. 

Sumber  Di sini

Tapi, meja tu hendak cat warna putih. Tidak mahu nampak sangat elemen 'wood' di situ. Biar putih. Sebab hendak gaya moden kan?

Jom, ke pantry ofis saya. Hahaha.

Sumber  Di sini

Erm, ok juga yang ini. Tapi ini ruang untuk makan sahaja. Untuk peti ais,sinki, wardrobe tiada. Macam lah ofis besar sangat hendak ada ruang lain untuk benda-benda itu.

Sumber  Di sini

Ok, ambil yang ini sahaja. Ruang makan dan segala bagai dalam satu tempat. Tidak payah runsing hendak bubuh di mana. Erm, kalau begini, setiap kali lunch tapau sahaja. x payah nak beratur panjang dan berebut meja di kedai depan tu.

Sekarang ke ruang untuk bekerja pula. Ruang untuk orang-orang teknikal seperti saya bekerja. Perkara pertama, asingkan orang-orang yang bukan terlibat dengan teknikal dengan orang teknikal. Buat menyemak sahaja mata kalau mereka ada. Gaya mereka bekerja juga tidak sama dengan orang teknikal. Jadi, kena asingkan! Letak dinding tinggi pun x pa, janji boleh connect melalui intercom.

Sumber  Di sini

Besar kan? Ok, saya pilih yang ini. Biar besar-besar. Dengan pelan-pelan saiz besar. Fail projek itu dan ini yang  bertimbun atas meja, memang kena ruang besar-besar. Selagi projek tu belum setel, fail tidak boleh simpan. Semua kena letak atas kepala.


Sumber  Di sini

Yang ini pun ok juga. Tapi ruang terhad dan x berapa seronok lah orang lalu lalang belakang kita waktu buat kerja. Ok, ambil sahaja yang atas tu. Besar dan memang menggunakan konsep studio.

Ruang apa lagi yer belum saya letak. Oh, tandas! x kan ofis canggih2 tetapi tandas kelas 3 kan?

Sumber  Di sini

Ok, ambil yang biasa-biasa sahaja. Nanti ada pulak yang mengular lama-lama dalam tandas terutama waktu bulan puasa. Asingkan tandas untuk lelaki dan perempuan. Itu penting!


Rasanya habis  sudah kot berangan-angan. Tiada konsep khusus yang diterapkan. Konsep carca marba sahaja. Hahaha. Pilih ikut suka. Best kan kalau ruang kerja kita selesa dan sesuai dengan kita. Mempengaruhi tau tahap rajin ke tidak menyudahkan kerja. Ok lah, nanti mungkin ada entry untuk rumah saya pula versi berangan-berangan. Tapi itu kena update bila di rumah nanti lah yer.


Update antry ni pun berhenti-henti. Selang seli dengan kerja menyiapkan surat. Sudah habis waktu kerja pun ni. Saya nak finalkan surat yang kena siapkan ni. Sampai jumpa nanti ya!


Sunday, May 15, 2011

:: Kemas Kini Muka Surat

Selamat hari Ahad. Besok Isnin, lepas tu Selasa,yeay! Cuti balik. 1 Malaysia kan. Orang lain yang sembahyang, orang-orang lain yang sibuk cuti.Ngeee....Tiada apa pun yang menarik untuk kongsi kali ini. Cerita secara rawak sahaja ya! Rasa ingin baca teruskan, rasa tidak mahu pangkah sahaja. Ok, jom mulakan cerita.Benar kan ye..

Pertama, tiada yang istimewa sempena hari ibu hari tu. Tiada acara makan diluar, hadiah atau pun kad. Sebab setiap hari adalah hari ibu. Kalau nak bagi, kena bagi hari-hari lah kan? haha. Eh, tidak. Sebab masing-masing sibuk dengan majlis hujung bulan ni. x sempat hendak prepare apa2 sempena hari ibu. Ok, Selamat Hari Ibu Puan Zauyah! :P

oh, ini lah saya dan Puan Zauyah

Oh ya, hari tu hari jururawat. Jadi, Selamat Hari Jururawat untuk Iya, adik saya. Dia bekerja di wad Cardio Pediatric di Hospital Serdang. Wad kanak-kanak yang untuk sakit jantung. Kerja dengan ikhlas ye, besar pahala tu :)

Iya, sewaktu hari first lapor diri untuk posting

Dan besok adalah hari guru. Selamat Hari Guru untuk Kakak dan Abang Wan. Sampai jatuh-jatuh jeti kakak pagi kelmarin sewaktu hendak naik bot pergi ke sekolah. Nasib lah, dah kerja kan. 

Kakak dan suami, Abang Wan. 

Seterusnya, majlis hujung bulan ini. Orang lain yang punya, saya pula yang terasa sibuknya mengalahkan majlis saya. Sebab tiada siapa lagi yang ada dirumah. Cuma saya sahaja yang terdekat. Majlis saya nanti, saya yang terakhir, ada ke yang membantu? entah lah, buat sendiri sahaja nanti. Kusut, serabut majlis orang, saya pun terlibat.Adeh!. Berdoa sahaja, semua berjalan lancar.

Ok, untuk diri saya sendiri, menunggu Hijas datang ke sini minggu ini. Entah jadi ke tidak tu, saya tidak pasti. Ok la, sampai jumpa nanti ya!


Thursday, May 5, 2011

:: Ok, Mengidam Apa Ntah...

x tahu la tajuk entry tu sesuai ke x. Sebab mengidam tu macam sesuai digunakan untuk wanita yang mengandung kan? Ok, saya dah menggoogle sekejap, jadi boleh juga guna perkataan mengidam wakaupun tidak mengandung. Cuba klik sini sekejap untuk tengok. Jadi, saya mengidam atau ingin benar makan sesuatu, iaitu makan kek. Entah, rasa macam nak makan makanan-makanan yang manis dan ada krim.Aiskrim pun boleh juga...

Ini sebab tadi, buka blog Fatin Liyana tu, kemudian tengoklah entry beliau, buat tiramisu,MasyaAllah...sedapnya tengok. Terliur juga. Perasaan untuk mencuba buat pun ada, tapi....(caitt...ada tapi juga tu!). 

Oh, ini saya google sahaja. Thanks Mr.Google.

Saya bukan lah penggemar tiramisu tapi suka juga lah.Ikut mood hendak makan. Tapi saya tidak ingat lah di mana, cafe la, makan tiramisu di sana, dan bila sudah selesai makan, hendak bayar, baru tahu, dicampurkan alkohol sedikit di dalamnya..Erm, apa boleh buat, dah kenyang pun kan.Dan selepas kejadian itu, saya agak paranoid sikit dengan tiramisu. Setiap kali saya teringin, saya akan tanya non-alcohol or not? Sebab memang ada sesetengah kedai dia campurkan dengan alkohol. Nak bagi rasa ala2 masam sedikit. (masam ke ek rasa tu? x reti nak explain la rasa tu macam mana)

Ok, hari tu, waktu Hijas ada di sini, ada juga cakap dengan dia nak makan kek.Waktu tu teringin nak makan blueberry cheese cake. Erm, minta sahaja la. Tidak dilayan nya dia. Buat x tahu lagi ada. 

 Ini pun saya google juga. Thanks Mr.Google.

Ok la, nanti saya mencari sendiri makanan-makanan simple ni. Beli sepotong sudah.Kongsi dengan housemate.Mesti habis punya. Cuba tahan lagi hari ini. Macam x tahu hendak cari di mana dekat. Mungkin besok sahaja cari di USJ Taipan.

Ok, sampai jumpa nanti!

Monday, May 2, 2011

:: Cuti Dari Kerja.

Ok, Selamat Hari Pekerja. Entah, x tahu macam mana hendak sambut, wish je la kan untuk orang-orang yang bekerja. Ada ke orang x bekerja? Duduk di rumah sahaja pun kira bekerja la kan?ok2, tukar fahaman, maksudnya Selamat Hari Pekerja untuk orang yang pergi kerja and gain income every month.erm, ok kot? huhuhu

Best, sebab pergi bercuti.PD je, x jauh mana pun. Yang penting kita semua seronok. Salam,Lili,Farid, Hanim,Nuar,Biha, DN (walaupun beberapa jam ja) dan Hijas. Tapi, bawa balik selsema. Itu yang tidak seronok. Hijas dah balik, pun tidak seronok. X pa la, yang lain-lain masih ada di sini. 

Ok, Selamat Hari Pekerja. Besok start kerja balik ya. X mau malas-malas. Sampai jumpa nanti!