Wednesday, April 13, 2011

:: Saya Tidak Hebat Tapi Hebatnya Wanita.

Mungkin apa yang saya buat hari ni benda biasa wanita2 lain buat.Terutama wanita yang tidak seperti saya iaitu saya yang kurang rajin. Alah, benda biasa pun saya buat tapi luar biasa sedikit lah dari rutin hidup saya iaitu saya memasak :D. Dan bukan lah memasak gempak gila ke apa, masak bihun goreng je pun.hahaha.

X da lah, saya teringat zaman saya belajar dulu, lecturer saya iaitu Dr.Noraini, bercerita, wanita ni multi tasking. Boleh melakukan 2,3 perkara serentak. Contoh, balik kerja, ambil anak, sampai rumah, keluarkan ikan dari freezer, masuk kain dalam washing machine, tarik awang dan minah kecil tu bawa pergi mandi, start memasak, sambil2 tu tengok kain dalam washing machine, dan bla, bla, bla, bla....faham2 sendiri lah kerja wanita di rumah yer.Sampai lah sebelum tidur. 

Dan lebih kurang yang sama lah, saya lakukan balik kerja hari ini. Hari ni saya balik waktu saya nampak lagi matahari. Maksudnya di sini hampir setiap hari saya balik hari dah gelap. Saya x tahu apa yang perlu saya makan untuk dinner. Housemate call, cakap dia on the way balik dari meeting di JB dan dia inform that she will get her dinner outside.

Ok, saya sampai area rumah lebih kurang pukul 7.15pm. Saya singgah Mydin Mart, pusing2 dan capai apa yang rasa nak beli and around 7.45pm, saya sampai rumah. Letak barang, letak handbag, saya solat maghrib dulu. After solat, saya ambil baju kotor, saya rendam sekejap (rumah x da washing machine), kemudian saya buat apa2 yang patut untuk saya masak bihun goreng. Tapi belum masak lagi. Saya kemas pula rumah, saya sapu rumah (housemate cerewet, nasib lah :D). Tengah2 tu jiran datang, hantar bubur kacang. Habis menyapu, saya teringat jiran yang suka bagi makanan, segan lah pulak, dan saya pun goreng nuget hampir 1 tuppeware dan hantar ke jiran. Eh, sambil goreng nugget, saya sempat menyudahkan baju2 kotor di dalam baldi. Lepas sidai semua kain baju, saya start masak bihun goreng. Dan, saya siap semuanya termasuk saya mandi dan solat isyak, dalam 9.00 pm.

Erm, mungkin cerita saya di atas adalah perkara biasa sahaja dan tiada yang istimewa bagi sesiapa. Tetapi bagi saya, sebenarnya saya boleh buat semua benda2 kerja rumah ni kalau saya mahu. Agak cemerlang lah bagi diri saya yang kurang rajin menjalankan kerja2 suri rumah ni menyudahkannya dalam 1 jam. 

Dan saya teringat my mom, waktu kami empat beradik masih kecil, maksudnya abang masih lagi sekolah rendah. Mom bekerja, dan dalam waktu yang sama kena uruskan rumah tangga, kena uruskan kami semua. Seingat saya lah, apa yang kami tolong masa tu, lepas makan, basuh pinngan sendiri. Jadi x kan ada masalah pinggan bertimbun. Siapa lambat bangun, kena kemas tempat tidur. Kalau saya kemas bilik, kakak akan mengemas dapur dan depan. Iya masih kecil dan udi terselamat sebab dia seorang lelaki. Memasak, membasuh kain stil mom yang buat. Kami tukang angkat kain baju dan kena pilih baju masing2 untuk lipat. Bila saya bayangkan mom waktu itu dan keadaan diri saya sekarang, sangat jauh berbeza. Betapa hebatnya mom dimata saya sekarang sebab di saat umur saya sekarang, saya masih terkial2 nak buat kerja2 rumah.

Saya teringat juga seorang  ustaz, maaflah saya x ingat nama, dia pernah berkata, ofis seoarang wanita ni adalah 24 jam, tidak kira dia bekerjaya mahupun surirumah. Wanita bekerja siang dan malam. Saya x perlulah menerangkan lebih lanjut, macam mana boleh dikatakan ofis hour seorang wanita 24 jam. Mungkin saya belum sampai tahap ofis hour 24 jam tapi bagi mereka yang sudah bersuami, beranak pinak, memang akan 24 jam. Kalau ada lah dalam satu hari 37 jam, 37 jam lah wanita bekerja. Mana lah x cakap seorang wanita itu hebat kan?

Jadi, conclusion ustaz tu lah yer, dan saya tumpang simpulkan juga, seorang lelaki, tidak kira dia adalah suami, abang, adik atau anak, hargai lah wanita yang ada dalam hidup dia. Sebab wanita itu terlalu hebat dan semestinya dihargai. 

Ok, berbalik pada cerita bihun goreng saya, boleh la. Rasa lah bihun goreng macam dekat kedai dekat simpang sana tu. Kalau rajin sikit, mungkin boleh buat bisnes catering bihun goreng sahaja. Makan sorang2 je saya, housemate x muncul2. Ok lah, panjang sangat entry kali ini. Sampai jumpa nanti ya!

No comments:

Post a Comment