Thursday, April 14, 2011

:: InsyaAllah Biru Langitnya


Entah. Apa motif malam ini agaknya. Bubuh gambar langit tu. Mungkin sebab saya dengar lagu Langit Biru nyanyian Mawi agaknya. Sedih ke lagu tu? x da lah sedih sangat sebenarnya tapi macam menyampaikan suara hati seseorang kepada seseorang yang dia pernah sayang dan tidak tahu keadaan diri orang tu macam mana. Erm, entah, betul kot fahaman saya tentang lagu. Belasah je ni.Hahaha.

Jadi, mereka2 yang pergi meninggalkan saya (loser je bunyi), maksudnya bukan meninggal dunia yer, tapi menyepikan diri mereka dari hidup saya, apa khabar ya? Tidak kira lah awak tu kawan sekolah tadika sampai sekolah orang besar ke, bekas boyfriend ke, bekas buaya ke, ahli keluarga ke, kira semua lah.... 

Adakah hidup awak semua seperti ini?


Alhamdulillah. Gembira saya jika mengetahuinya. Doakan langit saya pun secerah seperti awak-awak semua. Kita sama-sama gembira menumpang di bumi Allah ni ye.

Jika ini, 


Bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Sekurang-kurangnya awak-awak semua masih mendapat cahaya dan jika berusaha lagi pasti akan mendapat cahaya sepenuhnya. InsyaAllah...

Dan yang ini,


Bersabar ye, sentiasa ingat Allah bersama awak-awak semua. Sentiasa percaya, Allah tahu apa yang baik dan apa yang tidak untuk hambaNya dan Dia tahu hambaNya mampu mengatasinya. Percaya ye, langit biru yang cerah akan ada untuk awak-awak semua.

Ok, macam mana pun kehidupan awak-awak semua sekarang, sentiasa bersyukur ye. Allah maha pemurah untuk memberi dan Dia maha berkuasa untuk mengambilnya. InsyaAllah, semuanya selamat ye.

Sampai jumpa nanti!

1 comment:

  1. tengok langit ingat Allah..dia yg menetapkan segala ketentuan...ayuh redha...gogogogo..
    [walaupun tgh "mendung" ketika ini]..

    kak cha ..kita alhamdulillah sihat..he3...

    ReplyDelete