Thursday, April 28, 2011

:: Home Alone..

Balik rumah, rumah gelap. Oh, saya berseorangan lagi. Housemate belum balik dari Shanghai. Harap2 dia balik bukan dengan tangan kosong. Sekurang2 nya ada keychain untuk saya. Hahaha. Tengok nanti. Hodoh perangaikan? x malu :P

Mula lah tu, teringat movie lama Home Alone. Yang ada beberapa siri. Ingat x? Ala, yang part 1, seorang budak lelaki yang tertinggal oleh keluarga dia yang mana keluarga dia nak sambut krismas kat tempat lain. Dia bangun tidur, tengok-tengok dia tinggal sorang. Part 2 pula, dia x kena tinggal dengan keluarga pula tapi dia tersalah naik kapal terbang. Yang saya ingat dia naik flight ke New York padahal keluarga dia naik ke Switzerland. Macam2 kan? Ada la lagi, part 3 and part 4, malas lah saya hendak cerita. Sebab bukan tengah buat sinopsis cerita kan?

Home Alone 1

Ye la, budak lelaki dalam movie tu buat macam2 aktiviti sewaktu dia sorang-sorang sahaja di rumah. Pintar juga dia. Walaupun, orang lain yang buat skrip, budak tu berlakon je, tapi pintar juga la. Oh ya, saya tengah tengok cerita seram di TV3 tu, yang Adi Putra dan Eja berlakon tu, x pasti pula tajuknya, berani pula saya sorang-sorang dan nak tengok cerita ni. Walaupun tidak seram mana, tapi jarang lah saya nak tengok cerita genre begini kalau berseorangan.

Merepek.

Berbalik cerita asal, saya sebenarnya nak memenuhi masa sorang-sorang di rumah dengan aktiviti pintar macam budak tu la. Maksudnya bukan lah saya kena buat patung orang-orang ke atau rakam rancangan tv tetapi macam kemas rumah, kemas almari, kemas bilik, kemas mengemas. Erm, dah 3 hari ni, tapi x nampak pun macam ada aktiviti pintar tu. Balik keje malam, lepas tu mandi, kemas hendak tidur dan terus tidur. Hari ni je macam awal sedikit tapi x buat juga aktiviti pintar tu. Pemalas kan? Erm, bila ntah saya akan betul-betul sedar yang saya sepatutnya kena suka buat kerja-kerja rumah ni.

Ok, cerita lain, seronok saya jumpa salah sorang teman baik saya, apat.Dia dan baby Aisyah temankan saya hari ini. Puas, bercerita dengan dia. Ye la, sudah jarang dapat jumpa berdua dengan dia sekarang. Sebab dia dah kawinkan. Geram, tengok anak dia yang bam-bam tu. Mula-mula sombong. Pandang x kerdip.Tapi, tengoklah tangan siapa kelek kan? Tergelak-gelak dia. Ok Aisyah, dah besar sedikit nanti acik ajar nyanyi ye. Gambar dengan Aisyah tadi ada di dalam iphone umi dia. Jadi x da gambar baru. 

Ini saya dan Aisyah bulan 3 hari tu. Sekarang lagi bam-bam dia.

Tengok gambar baby Aisyah, teringat pula baby Auni. Sebaya mereka. Cuma Aisyah tua hari sahaja dengan Auni. Tak jumpa pula gambar Auni dalam hdd ni.Ok, lain kali lah acik bubuh gambar Auni.


Erm, macam dah banyak menaip. Berhenti dulu lah. Oh, sudah tahu tajuk cerita tu, Mantera Anjasmoro. Sudah habis pun, ada pula slot samarenda, Sahara. Wah, macam perempuan melayu manis je habis semua drama tv mahu ditengok.x tahu pun jalan cerita, tapi layan sahaja la. Ok, sampai jumpa nanti ya!





No comments:

Post a Comment