Tuesday, April 12, 2011

Filem Nur Kasih

Mesti ramai yang tahu drama siri Nur Kasih tu dah ada dalam filem. Ok la, kalau sesiapa x tahu mari saya nak bagi tahu, drama Nur Kasih yang Remy Ishak dan Tiz Zaqyah jadi hero dan heroin tu ada dah dalam filem yang bernama Nur Kasih The Movie. Tayangan dia pada 19 Mei 2011.

Ha, jangan salah anggap yer. Saya cakap pasal filem ni bukan bermakna saya tertunggu2 kemunculan filem ini yer. Tidak....Yang buat saya tiba2 tertahu pasal filem ni tadi lah, saya terdengar dalam radio soundtrack lagu ni...Lagu Nur Kasih lah nyanyian Yassin tu tapi kali ni Tiz Zaqyah pun menyanyi sekali. Mungkin ramai yang dah tahu pasal lagu ni dan saya mungkin agak terlambat. Tapi x pa lah, saya tetap nak letak video lagu ni dalam page saya ni..Boleh klik di bawah ni yer...


Not bad juga lah suara Tizz Zaqyah. Bagi saya lah dan ini pendapat saya yer. Orang lain saya x tahu. Percubaan menyanyi yang menjadi jugalah. Hendak komen lebih-lebih saya x pandai tapi bagi saya ok lah dia menyanyi. Mungkin juga jenis lagu ni sesuai dengan dia, lagu lain saya x tahu pula. ;D

Ini trailer cerita Nur Kasih The Movie ni..


X tahu lah cerita dia macam mana. Mungkin saya teruja juga nak ke panggung wayang untuk tengok filem ni. Mungkin yer! Sebab senarai2 cerita yang saya hendak tengok buat masa ni semuanya bertunggak. Saya x sempat tengok. Saya akan mencuba untuk menonton filem ini. lantaklah orang lain cakap saya entah apa2, tengok cerita melayu la, apa la...Saya x kisah orang cakap macam tu sebab saya suka tengok cerita yang dibuat oleh orang Malaysia di panggung wayang. Saya menyokong filem Malaysia. Cerita kita wajah kita. :D

Ok, merepek.

Erm, saya mencuba untuk menggoogle sinopsis cerita ni, tapi percubaan tidak berapa menggembirakan. Mata pun tidak berapa mengizinkan untuk menggoogle lama2. Jadi saya jumpa website ini yang ada beri gambaran tentang filem ini. Boleh klik di sini yer untuk tengok.

Ok yer. Sampai jumpa nanti!


Nota kaki: Ada ke orang nak teman saya tengok filem ni??


No comments:

Post a Comment