Saturday, April 9, 2011

:: A Cup Of Coffee

Best ke life dengan bangun pagi, siap2 pergi kerja, kerja di ofis, lunch di ofis, ok, end of office hour but still at office, rasa mata dah penat, balik kerja, siap2 apa-apa yang patut dan tidur? Dan besok pun macam tu, rutin yang sama, perkara yang sama. Kalau lain sikit adalah pergi site ke, pergi submission ke.Lusa pun macam tu, tulat pun macam tu, tertonggeng apa semua pun begitu. Agak2 best ke?

Sounds like, my life so bored kan? Erm, saya kadang2 x sempat nak fikir pasal bosan. Adalah kadang2 bila di depan pc di ofis.Kerja saya ibarat kudrat yang hanya ada dua tangan ni perlu disudahkan seperti mempunyai 25 tangan. Depan belakang atas bawah tepi sebelah sana dan situ. (Tiba2 terbayang pulak hantu yang banyak kopek dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah. Tangan saya seperti kopek hantu tu yang banyak). Ok, kalau cerita pasal kerja banyak, macam lah saya seorang je yang kerja dalam dunia kan? Macam lah orang lain x pergi kerja. Orang pun bosan dengar cerita pasal kerja2 ni. 

Sambung balik cerita asal.

Sebenarnya nak cerita, kalau ikut rutin hidup saya yang di atas tu, saya memang x sempat nak keluar. Balik rumah, pergi ofis, balik rumah. Kalau ada masa seperti hari itu balik awal, balik rumah juga terus sebab otak penat, badan pun penat. Tapi ada juga kadang2 saya sempatkan diri pergi makan dengan kawan2 yang ajak saya makan di sekitar dekat2 je. Tapi hari tu, saya terima ajakan seorang kawan untuk minum a cup of coffee, jauh sikit dari umah. Jauh mana pun, Mid Valley je. :D.Selalu saya malas nak pergi jauh2 hari2 bekerja ni. Faham2 je la, KL kan. Tapi hari tu, dia ajak terus saya kata ok. Sebab saya rasa, saya nak keluar dari kepompong biasa. 

Saya rasa seronok sekejap malam tu. Sebab saya lupa sekejap cerita ofis dan peribadi saya. Mungkin orang lain rasa biasa, tapi bagi saya x. Actually ni bukan lah first time saya lepak2 lepas balik kerja, so tidak sepatutnya saya berasa jakun. Tapi mungkin timing mengajak saya minum2 tu kena, tu yang saya macam teruja dan happy. Dan kawan yang ajak pun adalah kawan baik saya, yang sangat mengenali saya, dan saya pun dah lama tidak lepak berdua dengan dia, tu yang saya enjoy!


 Gloria Jean's Coffee, Mid Valley. 


Nama kedai pun dah ada coffee kan so u should order anything relate to coffee for drinks. But not for me. Sebab saya bukan peminum coffee. Just told my friend, buy anything but not coffee, mocha or cappuccino. So, i got chocolate for my cup of coffee.



Nothing special. Minum.Berbual-bual.Guna wi-fi free di sana. Watching funny video. Then, when the time's out, maksudnya pekarja-pekerja situ dah mula susun kerusi meja, jadi faham2 sendiri lah yer masing-masing.


Ini saya memaksa budak coffee tu mencaptured gambar saya. Siapa suruh berdiri depan saya kan. Hahaha....

Ok, habis cerita. Saya suka. Nanti kawan, kita buat lagi seperti ini yer, duduk2, buang masa, tarik kerusi dan menghalang lalu lalang orang lain. ok? Eh, lagi situ, sebelum tu kena beli Rockey tu.

Sampai jumpa nanti!

3 comments:

  1. pasni bleh le mengopi ngan esah..umah dkt je ngan mid..hehe

    ReplyDelete
  2. boleh je ily...cakap je..lepas ni kta lepak bw baby ek... :D ily duduk mn?

    ReplyDelete
  3. dok desa petaling...x jauh dgn plaza perabot tepi highway lps sg. besi tu =D tggu baby kurang meragam br leh bwk kuar lepak skali ngan mama dia..ahaks~

    ReplyDelete