Thursday, April 28, 2011

:: Home Alone..

Balik rumah, rumah gelap. Oh, saya berseorangan lagi. Housemate belum balik dari Shanghai. Harap2 dia balik bukan dengan tangan kosong. Sekurang2 nya ada keychain untuk saya. Hahaha. Tengok nanti. Hodoh perangaikan? x malu :P

Mula lah tu, teringat movie lama Home Alone. Yang ada beberapa siri. Ingat x? Ala, yang part 1, seorang budak lelaki yang tertinggal oleh keluarga dia yang mana keluarga dia nak sambut krismas kat tempat lain. Dia bangun tidur, tengok-tengok dia tinggal sorang. Part 2 pula, dia x kena tinggal dengan keluarga pula tapi dia tersalah naik kapal terbang. Yang saya ingat dia naik flight ke New York padahal keluarga dia naik ke Switzerland. Macam2 kan? Ada la lagi, part 3 and part 4, malas lah saya hendak cerita. Sebab bukan tengah buat sinopsis cerita kan?

Home Alone 1

Ye la, budak lelaki dalam movie tu buat macam2 aktiviti sewaktu dia sorang-sorang sahaja di rumah. Pintar juga dia. Walaupun, orang lain yang buat skrip, budak tu berlakon je, tapi pintar juga la. Oh ya, saya tengah tengok cerita seram di TV3 tu, yang Adi Putra dan Eja berlakon tu, x pasti pula tajuknya, berani pula saya sorang-sorang dan nak tengok cerita ni. Walaupun tidak seram mana, tapi jarang lah saya nak tengok cerita genre begini kalau berseorangan.

Merepek.

Berbalik cerita asal, saya sebenarnya nak memenuhi masa sorang-sorang di rumah dengan aktiviti pintar macam budak tu la. Maksudnya bukan lah saya kena buat patung orang-orang ke atau rakam rancangan tv tetapi macam kemas rumah, kemas almari, kemas bilik, kemas mengemas. Erm, dah 3 hari ni, tapi x nampak pun macam ada aktiviti pintar tu. Balik keje malam, lepas tu mandi, kemas hendak tidur dan terus tidur. Hari ni je macam awal sedikit tapi x buat juga aktiviti pintar tu. Pemalas kan? Erm, bila ntah saya akan betul-betul sedar yang saya sepatutnya kena suka buat kerja-kerja rumah ni.

Ok, cerita lain, seronok saya jumpa salah sorang teman baik saya, apat.Dia dan baby Aisyah temankan saya hari ini. Puas, bercerita dengan dia. Ye la, sudah jarang dapat jumpa berdua dengan dia sekarang. Sebab dia dah kawinkan. Geram, tengok anak dia yang bam-bam tu. Mula-mula sombong. Pandang x kerdip.Tapi, tengoklah tangan siapa kelek kan? Tergelak-gelak dia. Ok Aisyah, dah besar sedikit nanti acik ajar nyanyi ye. Gambar dengan Aisyah tadi ada di dalam iphone umi dia. Jadi x da gambar baru. 

Ini saya dan Aisyah bulan 3 hari tu. Sekarang lagi bam-bam dia.

Tengok gambar baby Aisyah, teringat pula baby Auni. Sebaya mereka. Cuma Aisyah tua hari sahaja dengan Auni. Tak jumpa pula gambar Auni dalam hdd ni.Ok, lain kali lah acik bubuh gambar Auni.


Erm, macam dah banyak menaip. Berhenti dulu lah. Oh, sudah tahu tajuk cerita tu, Mantera Anjasmoro. Sudah habis pun, ada pula slot samarenda, Sahara. Wah, macam perempuan melayu manis je habis semua drama tv mahu ditengok.x tahu pun jalan cerita, tapi layan sahaja la. Ok, sampai jumpa nanti ya!





Tuesday, April 26, 2011

My Phone To Expose

What is your current ringtone?
Sarang Ee Shim Shim Hae Su


What is your current wallpaper?
Me..


Do you own a picture phone?
Yup..


If so, what was the last picture you took?
Me and MyVi SE


Go to your inbox and type what the 10th text message says?
Owh ngantuk ek? Tdo la..


How many contacts do you have on your phone?
300++, its just random figure because my phone not show the fix figure.


Who was the last person you spoke to on your cell phone?
Dn


What service do you have?
Celcom


At this very moment, how many bars do you have for your service?
Full bar. Erm sometimes celcom so annoying...


Who's on your speed dial numbers?
Mom`and sister


Can you send pictures?
Yes but i don't know how to setting MMS, so let it be


What are the first 2 digits to your number?
74...


Go to your SENT texts..what does the first one say?
Mr.Lam, do sent to me Mr.James ooi's (c&s engineer) number.Thank you.-nor pir planners-


What about the 15th?
22p tu apa?


Who's the last person that you called?
Mummy


Last person that texted you?
Hijas


Last person you added to your contacts?
James-Shah Alam 2


Go down to your 5th contact, who is it?
Abgwan Ayah


Wanna give out your number?
Hahaha...sorry. No thanks. :P






See You!



Friday, April 22, 2011

:: Siapa Raja?



Rasanya hampir ramai yang tahu rancangan ni kan? Semua top 3 all seasons of Raja Lawak compete each other untuk grab status Maharaja Lawak. Saya pun teruja untuk menonton walaupun rumah kecil saya di Puchong tidak melanggan astro. Jadi, jika saya tidak balik kampung, hanya akan tengok di youtube sahaja.

Jadi, siapa lah agaknya yang akan mendapat gelaran Maharaja Lawak tu kan? Ok, saya x nak kusut-kusut kepala fikir perkara-perkara macam ini. Kita tunggu sahaja  yer. Tapi saya suka Jozan.:P

Saya baru sudah menonton rancangan ini live. Itu yang post entry pasal ini. Ok, jumpa entry lain kali. Cemerlang hari ini mengupdate sampai 3 entry sehari. Sampai jumpa nanti!

Nota Kaki : Saya x rasa Hijas tahu rancangan ni sebab dia hanya tahu hal2 ofis :D

:: Meet My Mom

Sekejap lagi saya balik kampung. 2 minggu saya x balik. Apa lah jadi dekat kampung halaman ye...2 minggu saya x melawat kawasan. Hahaha. Mom call semalam, hari ini adik manis nak makan apa? Confirm la saya akan minta makanan yang bukan2 dan yang tidak dimasak oleh housemate. kan? :P 

Ok, layan gambar saya dan bonda.....muka sama orang kata. Tapi saya suka deny. xx....muka orang macam muka abah! ekekekeke.....





Ini di Pulau Langkawi 



Sungai Buloh


Samuri Sate Kajang

Ok la, cukup lah. Itu je yang sempat belek. Boleh dikatakan ni entry in advance sempena hari ibu bulan 5 nanti. Hahaha. Ok, Jom balik kampung!

Sampai jumpa nanti yer!


:: Decision Is Mine

Mahu menulis tapi tiada apa yang istimewa untuk dikongsi. Hari setiap hari bertukar. Kalau x bertukar apa pulak kes kan? Life tetap sama, macam tu juga. Yang penting, saya enjoy. Kalau x suka pun saya tetap kena buat2 suka. Bunyi macam x happy je kan? hahaha. Tidak lah, life biasa2 je. Masih dikelilingi orang yang biasa dan mereka yang penting untuk saya juga masih ada. Alhamdulillah....

Ok, cerita pasal orang-orang yang penting dalam hidup saya, bukanlah maksud orang-orang lain tu x penting..penting juga. Cuma, orang-orang ini akan saya cari bila saya confuse, don't know what to do, blur, bengong, macam lepas bangun tidur...kira semua lah. Sekali pakej. Saya akan merujuk mereka2 ini walaupun benda yang kecil seperti cermin kereta pecah hari itu. Actually, bukanlah mintak mereka cari solution kepada saya tetapi saya hendakkan telinga mereka untuk mendengar saya bercakap. Itu sahaja! hahaha.

Ok, malas nak merepek panjang2 lah. Actually nak cakap terima kasih dekat mereka2 yang memberi advice dan opinion dekat saya. Pasal career saya dan masa depan saya. Saya menerima pendapat awak semua tapi decision is mine. Dah buat dah tapi masih dalam samar2 lagi. Ada masa lagi untuk berfikir. Apa2 pun, saya menerima pakai semua pandangan yang diberi.

Thanks mom, Dn,Topek,Ahum,Kak Su..dan Hijas. Actually, selalu pun saya akan merujuk Abi dan Suhaina tapi semalam x sempat nak bercerita. Mungkin selepas ini. Hendak dengar juga pendapat mereka. Yang lain bukan saya rasa awak x penting, penting juga. Cuma mereka-mereka ada masa untuk melayan kerenah saya. Hahaha.Itu saja! Orang lain banyak sangat komitmen. :P

Ok, sampai jumpa nanti!





Thursday, April 14, 2011

:: InsyaAllah Biru Langitnya


Entah. Apa motif malam ini agaknya. Bubuh gambar langit tu. Mungkin sebab saya dengar lagu Langit Biru nyanyian Mawi agaknya. Sedih ke lagu tu? x da lah sedih sangat sebenarnya tapi macam menyampaikan suara hati seseorang kepada seseorang yang dia pernah sayang dan tidak tahu keadaan diri orang tu macam mana. Erm, entah, betul kot fahaman saya tentang lagu. Belasah je ni.Hahaha.

Jadi, mereka2 yang pergi meninggalkan saya (loser je bunyi), maksudnya bukan meninggal dunia yer, tapi menyepikan diri mereka dari hidup saya, apa khabar ya? Tidak kira lah awak tu kawan sekolah tadika sampai sekolah orang besar ke, bekas boyfriend ke, bekas buaya ke, ahli keluarga ke, kira semua lah.... 

Adakah hidup awak semua seperti ini?


Alhamdulillah. Gembira saya jika mengetahuinya. Doakan langit saya pun secerah seperti awak-awak semua. Kita sama-sama gembira menumpang di bumi Allah ni ye.

Jika ini, 


Bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Sekurang-kurangnya awak-awak semua masih mendapat cahaya dan jika berusaha lagi pasti akan mendapat cahaya sepenuhnya. InsyaAllah...

Dan yang ini,


Bersabar ye, sentiasa ingat Allah bersama awak-awak semua. Sentiasa percaya, Allah tahu apa yang baik dan apa yang tidak untuk hambaNya dan Dia tahu hambaNya mampu mengatasinya. Percaya ye, langit biru yang cerah akan ada untuk awak-awak semua.

Ok, macam mana pun kehidupan awak-awak semua sekarang, sentiasa bersyukur ye. Allah maha pemurah untuk memberi dan Dia maha berkuasa untuk mengambilnya. InsyaAllah, semuanya selamat ye.

Sampai jumpa nanti!

Wednesday, April 13, 2011

:: Saya Tidak Hebat Tapi Hebatnya Wanita.

Mungkin apa yang saya buat hari ni benda biasa wanita2 lain buat.Terutama wanita yang tidak seperti saya iaitu saya yang kurang rajin. Alah, benda biasa pun saya buat tapi luar biasa sedikit lah dari rutin hidup saya iaitu saya memasak :D. Dan bukan lah memasak gempak gila ke apa, masak bihun goreng je pun.hahaha.

X da lah, saya teringat zaman saya belajar dulu, lecturer saya iaitu Dr.Noraini, bercerita, wanita ni multi tasking. Boleh melakukan 2,3 perkara serentak. Contoh, balik kerja, ambil anak, sampai rumah, keluarkan ikan dari freezer, masuk kain dalam washing machine, tarik awang dan minah kecil tu bawa pergi mandi, start memasak, sambil2 tu tengok kain dalam washing machine, dan bla, bla, bla, bla....faham2 sendiri lah kerja wanita di rumah yer.Sampai lah sebelum tidur. 

Dan lebih kurang yang sama lah, saya lakukan balik kerja hari ini. Hari ni saya balik waktu saya nampak lagi matahari. Maksudnya di sini hampir setiap hari saya balik hari dah gelap. Saya x tahu apa yang perlu saya makan untuk dinner. Housemate call, cakap dia on the way balik dari meeting di JB dan dia inform that she will get her dinner outside.

Ok, saya sampai area rumah lebih kurang pukul 7.15pm. Saya singgah Mydin Mart, pusing2 dan capai apa yang rasa nak beli and around 7.45pm, saya sampai rumah. Letak barang, letak handbag, saya solat maghrib dulu. After solat, saya ambil baju kotor, saya rendam sekejap (rumah x da washing machine), kemudian saya buat apa2 yang patut untuk saya masak bihun goreng. Tapi belum masak lagi. Saya kemas pula rumah, saya sapu rumah (housemate cerewet, nasib lah :D). Tengah2 tu jiran datang, hantar bubur kacang. Habis menyapu, saya teringat jiran yang suka bagi makanan, segan lah pulak, dan saya pun goreng nuget hampir 1 tuppeware dan hantar ke jiran. Eh, sambil goreng nugget, saya sempat menyudahkan baju2 kotor di dalam baldi. Lepas sidai semua kain baju, saya start masak bihun goreng. Dan, saya siap semuanya termasuk saya mandi dan solat isyak, dalam 9.00 pm.

Erm, mungkin cerita saya di atas adalah perkara biasa sahaja dan tiada yang istimewa bagi sesiapa. Tetapi bagi saya, sebenarnya saya boleh buat semua benda2 kerja rumah ni kalau saya mahu. Agak cemerlang lah bagi diri saya yang kurang rajin menjalankan kerja2 suri rumah ni menyudahkannya dalam 1 jam. 

Dan saya teringat my mom, waktu kami empat beradik masih kecil, maksudnya abang masih lagi sekolah rendah. Mom bekerja, dan dalam waktu yang sama kena uruskan rumah tangga, kena uruskan kami semua. Seingat saya lah, apa yang kami tolong masa tu, lepas makan, basuh pinngan sendiri. Jadi x kan ada masalah pinggan bertimbun. Siapa lambat bangun, kena kemas tempat tidur. Kalau saya kemas bilik, kakak akan mengemas dapur dan depan. Iya masih kecil dan udi terselamat sebab dia seorang lelaki. Memasak, membasuh kain stil mom yang buat. Kami tukang angkat kain baju dan kena pilih baju masing2 untuk lipat. Bila saya bayangkan mom waktu itu dan keadaan diri saya sekarang, sangat jauh berbeza. Betapa hebatnya mom dimata saya sekarang sebab di saat umur saya sekarang, saya masih terkial2 nak buat kerja2 rumah.

Saya teringat juga seorang  ustaz, maaflah saya x ingat nama, dia pernah berkata, ofis seoarang wanita ni adalah 24 jam, tidak kira dia bekerjaya mahupun surirumah. Wanita bekerja siang dan malam. Saya x perlulah menerangkan lebih lanjut, macam mana boleh dikatakan ofis hour seorang wanita 24 jam. Mungkin saya belum sampai tahap ofis hour 24 jam tapi bagi mereka yang sudah bersuami, beranak pinak, memang akan 24 jam. Kalau ada lah dalam satu hari 37 jam, 37 jam lah wanita bekerja. Mana lah x cakap seorang wanita itu hebat kan?

Jadi, conclusion ustaz tu lah yer, dan saya tumpang simpulkan juga, seorang lelaki, tidak kira dia adalah suami, abang, adik atau anak, hargai lah wanita yang ada dalam hidup dia. Sebab wanita itu terlalu hebat dan semestinya dihargai. 

Ok, berbalik pada cerita bihun goreng saya, boleh la. Rasa lah bihun goreng macam dekat kedai dekat simpang sana tu. Kalau rajin sikit, mungkin boleh buat bisnes catering bihun goreng sahaja. Makan sorang2 je saya, housemate x muncul2. Ok lah, panjang sangat entry kali ini. Sampai jumpa nanti ya!

Tuesday, April 12, 2011

Filem Nur Kasih

Mesti ramai yang tahu drama siri Nur Kasih tu dah ada dalam filem. Ok la, kalau sesiapa x tahu mari saya nak bagi tahu, drama Nur Kasih yang Remy Ishak dan Tiz Zaqyah jadi hero dan heroin tu ada dah dalam filem yang bernama Nur Kasih The Movie. Tayangan dia pada 19 Mei 2011.

Ha, jangan salah anggap yer. Saya cakap pasal filem ni bukan bermakna saya tertunggu2 kemunculan filem ini yer. Tidak....Yang buat saya tiba2 tertahu pasal filem ni tadi lah, saya terdengar dalam radio soundtrack lagu ni...Lagu Nur Kasih lah nyanyian Yassin tu tapi kali ni Tiz Zaqyah pun menyanyi sekali. Mungkin ramai yang dah tahu pasal lagu ni dan saya mungkin agak terlambat. Tapi x pa lah, saya tetap nak letak video lagu ni dalam page saya ni..Boleh klik di bawah ni yer...


Not bad juga lah suara Tizz Zaqyah. Bagi saya lah dan ini pendapat saya yer. Orang lain saya x tahu. Percubaan menyanyi yang menjadi jugalah. Hendak komen lebih-lebih saya x pandai tapi bagi saya ok lah dia menyanyi. Mungkin juga jenis lagu ni sesuai dengan dia, lagu lain saya x tahu pula. ;D

Ini trailer cerita Nur Kasih The Movie ni..


X tahu lah cerita dia macam mana. Mungkin saya teruja juga nak ke panggung wayang untuk tengok filem ni. Mungkin yer! Sebab senarai2 cerita yang saya hendak tengok buat masa ni semuanya bertunggak. Saya x sempat tengok. Saya akan mencuba untuk menonton filem ini. lantaklah orang lain cakap saya entah apa2, tengok cerita melayu la, apa la...Saya x kisah orang cakap macam tu sebab saya suka tengok cerita yang dibuat oleh orang Malaysia di panggung wayang. Saya menyokong filem Malaysia. Cerita kita wajah kita. :D

Ok, merepek.

Erm, saya mencuba untuk menggoogle sinopsis cerita ni, tapi percubaan tidak berapa menggembirakan. Mata pun tidak berapa mengizinkan untuk menggoogle lama2. Jadi saya jumpa website ini yang ada beri gambaran tentang filem ini. Boleh klik di sini yer untuk tengok.

Ok yer. Sampai jumpa nanti!


Nota kaki: Ada ke orang nak teman saya tengok filem ni??


Saturday, April 9, 2011

:: A Cup Of Coffee

Best ke life dengan bangun pagi, siap2 pergi kerja, kerja di ofis, lunch di ofis, ok, end of office hour but still at office, rasa mata dah penat, balik kerja, siap2 apa-apa yang patut dan tidur? Dan besok pun macam tu, rutin yang sama, perkara yang sama. Kalau lain sikit adalah pergi site ke, pergi submission ke.Lusa pun macam tu, tulat pun macam tu, tertonggeng apa semua pun begitu. Agak2 best ke?

Sounds like, my life so bored kan? Erm, saya kadang2 x sempat nak fikir pasal bosan. Adalah kadang2 bila di depan pc di ofis.Kerja saya ibarat kudrat yang hanya ada dua tangan ni perlu disudahkan seperti mempunyai 25 tangan. Depan belakang atas bawah tepi sebelah sana dan situ. (Tiba2 terbayang pulak hantu yang banyak kopek dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah. Tangan saya seperti kopek hantu tu yang banyak). Ok, kalau cerita pasal kerja banyak, macam lah saya seorang je yang kerja dalam dunia kan? Macam lah orang lain x pergi kerja. Orang pun bosan dengar cerita pasal kerja2 ni. 

Sambung balik cerita asal.

Sebenarnya nak cerita, kalau ikut rutin hidup saya yang di atas tu, saya memang x sempat nak keluar. Balik rumah, pergi ofis, balik rumah. Kalau ada masa seperti hari itu balik awal, balik rumah juga terus sebab otak penat, badan pun penat. Tapi ada juga kadang2 saya sempatkan diri pergi makan dengan kawan2 yang ajak saya makan di sekitar dekat2 je. Tapi hari tu, saya terima ajakan seorang kawan untuk minum a cup of coffee, jauh sikit dari umah. Jauh mana pun, Mid Valley je. :D.Selalu saya malas nak pergi jauh2 hari2 bekerja ni. Faham2 je la, KL kan. Tapi hari tu, dia ajak terus saya kata ok. Sebab saya rasa, saya nak keluar dari kepompong biasa. 

Saya rasa seronok sekejap malam tu. Sebab saya lupa sekejap cerita ofis dan peribadi saya. Mungkin orang lain rasa biasa, tapi bagi saya x. Actually ni bukan lah first time saya lepak2 lepas balik kerja, so tidak sepatutnya saya berasa jakun. Tapi mungkin timing mengajak saya minum2 tu kena, tu yang saya macam teruja dan happy. Dan kawan yang ajak pun adalah kawan baik saya, yang sangat mengenali saya, dan saya pun dah lama tidak lepak berdua dengan dia, tu yang saya enjoy!


 Gloria Jean's Coffee, Mid Valley. 


Nama kedai pun dah ada coffee kan so u should order anything relate to coffee for drinks. But not for me. Sebab saya bukan peminum coffee. Just told my friend, buy anything but not coffee, mocha or cappuccino. So, i got chocolate for my cup of coffee.



Nothing special. Minum.Berbual-bual.Guna wi-fi free di sana. Watching funny video. Then, when the time's out, maksudnya pekarja-pekerja situ dah mula susun kerusi meja, jadi faham2 sendiri lah yer masing-masing.


Ini saya memaksa budak coffee tu mencaptured gambar saya. Siapa suruh berdiri depan saya kan. Hahaha....

Ok, habis cerita. Saya suka. Nanti kawan, kita buat lagi seperti ini yer, duduk2, buang masa, tarik kerusi dan menghalang lalu lalang orang lain. ok? Eh, lagi situ, sebelum tu kena beli Rockey tu.

Sampai jumpa nanti!

Wednesday, April 6, 2011

:: Letih la macam ni...

Bosan.Binding report x habis2.Mesin fotostat asyik tersangkut. Kena susun report.Mengantuk.Ok.Babai!

Monday, April 4, 2011

:: Buah Hati

Nothing special. Just nak share gambar dengan dua buah hati yang semakin besar. 


Itu saya dan Qu Auni.


Dan ini dengan Qu Ibad.

How old i am when see this two children grow up.

Nota kaki: Menumpang kasih anak saudara.Nasiblah.. :D 

Friday, April 1, 2011

:: Saya Hendak Ini...


Ha, nampak x itu? Saya hendak yang hitam tu. Tapi body macam perempuan tu pun saya hendak juga. Ok. Kadang2 kita perlukan benda-benda macam ini kan. Bukan sebab nak exercise ke apa, tapi untuk melepaskan geram. Saya rasa hendak cadangkan benda alah ni satu lah letak dekat ofis. Rasa2 bos hendak bagi x benda ni dekat staff macam saya? Sebab saya hendak benda ni untuk tumbuk2 bila lepas bergaduh dengan bos! hahahha

Oh. Pun hari ini, April Fool ye? x pernah2 orang bermain April Fool dengan saya. Tapi hari ini Encik Hijas kena kan saya. Agak x tenang lah saya sekejap. Tapi nasib baik cool. Hahaha. Erm, sempat plak dia nak ber'april fool' yer! Saya sendiri pun x sempat nak fikir.Dia boleh pulak nak kena2 kan orang. Geram jugak! Jadi saya memang perlukan benda di atas tu. Hendak tumbuk dia, dia x da depan mata.Huhuhu.

Ok. Sambung lain kali. Cerita lain mungkin. Sampai jumpa nanti!