Tuesday, March 22, 2011

:: Oh..Saya Merayu

Sepanjang hari ini, kerja saya adalah merayu dan membuat rayuan. Tolonglah...saya merayu yer tuan-tuan dan puan-puan. Macam-macam benda saya nak merayu hari ini..


Pertama, saya kena merayu kepada JKR meluluskan jalan keluar masuk seperti dicadangkan sebelum ini untuk projek perumahan skim gated di Semenyih. Pihak JKR suruh tukar lokasi jalan keluar masuk dan mintak lampu isyarat lagi. Jadi kenalah merayu untuk kekalkan cadangan sedia ada dan tidak perlu sediakan lampu isyarat. Biasalah, siapa nak sediakan lampu isyarat. Kos tu.


Kedua, merayu untuk membenarkan cadangan pembangunan yang dicadangkan ini adalah industri sebab pihak majlis menolak permohonan ini. Sebab zon yang ditetapkan adalah perumahan. Tapi tuan tanah nak buat kilang. Tapi saya setuju dengan tuan tanah ini. Bukan sebab dia client dan bagi duit  tapi if buat juga rumah kat situ memang x boleh jual lah. Ini berlaku di Kundang, Rawang.


Ketiga, rayuan untuk projek yang sama dengan perkara kedua di atas, tapi merayu kepada JKR untuk tidak sediakan TIA dan RSA. Erm...macam x patut je kena buat sebab tapak cadangan tu jalan keluar masuk pun x da lagi, dan sudah benarnya orang x berapa nak lalu lalang dekat situ. Kalau buat TIA, mau gak LOS A ni sebab langsung x sesak.Macam2 lah....


Keempat, merayu untuk mengenepikan syarat penyediaan peremiter planting di sekeliling bangunan SOHO di Seri Kembangan. Sebabnya, kita dah menyediakan lebih daripada 10% kawasan lapang dan dah terlalu mencukupi.


Erm..itu lah perkara-perkara yang saya hendak merayu hari ini! Bosan lah menjadi perayu ni...


Ok! Sampai jumpa nanti!




Nota kaki: LOS -Level of service. Kalau A, maksudnya jalan tu OK sangat! x da masalah traffic. Kalau E, traffic engineer kena cari solution how to slove it!

No comments:

Post a Comment