Wednesday, March 9, 2011

:: Cermin Pun Berdoktor..

Rasanya ramai kan yang dah tahu doktor cermin. Alah..kalau cermin kereta retak ke, kena batu ke macam JLP , x payah lah nak terus menerus ganti cermin kereta baru. Eh, nak ganti pun boleh, x da salahnya. Claim je insuran. kan? Tapi kalo mcm JLP tu..insuran cermin pun x da, ala2 baru nak tambah waktu renew roadtax n insuran nanti, so berpikir2 jugaklah nak ganti cermin tu serta merta kan.

Jadi, dengan ada wujudnya doktor cermin ni, dia boleh meng'repair' lah scar dekat cermin tu. Sekurang2nya boleh selamat lagi lah cermin kereta sementara nk tukar yang baru. Kadang2 kena batu tu sikit je, so boleh diselamatkan lagi lah walaupun lama kelamaan tetap kena tukar cermin baru juga.Dan itu lah yang terjadi kepada JLP. Saya pun x tahu lah bila dia kena batu. Sedar2 dah memanjang dah retak tu. Alhamdulillah lah cermin tu kategori double layer so its just cracking only. Kalau single layer dah berderai dah cermin tu. Saya pun orang doktor cermin tu bagi tahu.keh2

Jadi, hari ini saya pergi jumpa doktor cermin tu. Dekat je. Area umah je. Mintak dia repair. Akan tetapi, dia mensuggestkan saya tukar cermin baru sebab cracking kat cermin tu ada lebih kurang 10 inch. Panjang kan? Terukkan saya. Cermin retak pun saya x sedar. Dan dia tau insuran saya x cover untuk cermin depan tu. Dan untuk sementara ni, apa yang boleh buat adalah avoid that crack daripada menular. Eh, merebak. Dia cakap tahan lah dalam 5 bulan. Harap2.


Itu lah dia pembantu doktor cermin. Nama dia Didi. :D


Tengah tebuk cermin tu bagi crack tu stop


Dan yang Didi pegang tu lah Doktor Cerminnya. Type of liquid lah.


Mana ntah tempat yang lukanya? Kalo nak tengok, mai lah melawat JLP..


Ok..siap. Tu tengah nak kering kan.

Sekejap je pun. Mungkin sebab x da kereta lain. Dalam setengah jam sahaja doktor siap ubatkan JLP. Oh yer, harga untuk nak elakkan crack tu merebak hanya RM 70 sahaja. Ok lah kan? Dan harga untuk repair @ tutup scar tu dalam RM 150 ++. Dan untuk tukar cemin double layer bagi JLP adalah RM400 ( itu nanti saya akan buat).Jadi, jangan runsing2 nak tukar cermin kereta kalau terkena batu kecik sebab dah ada teknologi yang memudahkan kita.But remember, cermin kereta tu still juga kena tukar but boleh lah kita nak take time ;D Boleh lah nak shopping2 dulu duit tu.

Sampai sini dulu yer. Boleh klik di sini kalau nak tau apa tugas doktor cermin tu yer. Sampai jumpa nanti!



No comments:

Post a Comment