Wednesday, March 23, 2011

:: Buah Pala

Okeh. Lunch break. Boleh berceloteh di sini. Nak cerita pasal buah pala. Tahu ke apa dia buah pala? Kalau x tahu boleh bagi taraf warga negara Malaysia dekat orang Bangladesh yang selalu tolong saya isi minyak kereta tu. Diaorang memang mengalu2kan sesiapa bagi kerakyatan Malaysia dekat diaorang. Ok, start merepek dah.

Sambung balik. Jadi saya anggap semua tahu apa dia buah pala. Ala....buah yang glemer kalau kita pergi Penang tu. Kat Penang kan glemer jeruk2 buah ni. Tu pendapat saya lah. Kalau sesiapa pergi Penang je mesti saya terus teringat buah pala dan mesti nak kirim. Kalau tau ada orang duduk Penang lagi lah, boleh tahap merajuk2 kalau datang KL x bawak sekali buah pala. Ala..macam lah x da kat sini. Mengada2 je lebih tu.

Akhirnya dapat juga saya makan buah pala yang saya hendak sangat tu. Saya hendak sangat makan buah pala sagat atau erti kata lain, buah pala yang kering tu. Tapi hari tu En.Hijas belikan saya buah pala jeruk + buah salak sekali. Nak merajuk tapi mengenangkan sekurang2nya dia ingat juga nak belikan buah pala, jadi x jadi merajuk. Hari Isnin hari tu saya ke utara untuk satu hari. Maksudnya, 'journey to a northern cost in one day' atas arahan bos. Saya berjaya membeli buah pala sagat di sana. Walaupun x da la saya beli betul2 di Penang, tapi saya puas hati juga sebab buah pala ni segar rasanya. Tak macam di pasaraya. Dan saya makan buah pala sagat ni seperti saya makan keropok.


Sumber gambar dari sini

Ha, ini lah maksud buah pala sagat yang saya hendak sangat tu dan saya hendak di beli dari Penang. Mengada2 kan? Tapi saya pedulik apa. Sebab kalau yang dekat pasaraya tu rasa dia dah jadi lain sikit. Macam x segar. Andaian sendiri tu. Sekian. :D

Tapi, hari tu En.Hijas belikan saya buah pala jeruk yang ini...


Sumber gambar dari sini

Still juga buah pala tapi yang ini sudah dijerukkan. Siapa yang suka betul2 rasa buah pala, boleh makan yang ini. Saya bukan penggemar jeruk dan bagi saya jeruk buah pala ni pahit. Hehehehe. Tapi disebabkan encik yang beli, saya makan jugaklah.caitt..podahhh!!!

Ok. Habis cerita untuk hikayat buah pala. Jumm sambung kunyah!

Sampai jumpa nanti!

2 comments:

  1. nama saya encik hijas, sampai hati awak ckp pahit hhahaha

    ReplyDelete
  2. harap2 en.hijas x baca entry buah pala. kah3

    ReplyDelete