Wednesday, March 30, 2011

:: Bandung Trip!

Tak berapa ada idea nak mengupdate hari ini. Tapi kepala dah berat, bosan menyudahkan repot2 yang pending ni. Bukak blogger.com dan tengok ada tak kawan2 mengupdate blog masing2. Dah buka dashboard tu, tulis sikit lah untuk hari ni.


Okeh. x mau cerita pasal kerja. Pasal ofis. Sebab memeningkan kepala. Cerita pasal lain. Lets pick gambar apa yang ada dalam pc ni.


Jumpa gambar waktu pergi Bandung hari tu. Oh, saya x da pun nk share jalan2 saya ke sana hari tu kan? Entah. Mungkin balik2 Malaysia saya terus tak sihat agaknya. Jadi mood untuk berkongsi cerita di sana pun tiada. Last2 x cerita. Ok. Sambung balik.


Saya jumpa gambar ini..... 






Ok. Dua gambar di atas ni di Gunung Tangkuban Perahu. Salah satu tempat yang mesti orang kunjung kalau sampai ke Bandung. Saya rasa lah. Sebab ramai sangat orang Malaysia waktu saya datang ke sini hari tu. Gunung ni adalah salah satu gunung berapi yang masih lagi aktif tapi dah lama menyepi. Ada cerita lagenda tentang Gunung Tangkuban Perahu ni. Nama Tangkuban Perahu ni disebabkan bentuk gunung ni seperti perahu yang terbalik. Ok. Cerita lanjut tentang gunung ni, boleh klik kat sini. Sebab saya tiada masa nak cerita panjang salasilah gunung ini. :D


Gambar berikutnya adalah ini;


Ini adalah saya di Sari Ater Hot Spring. Tempat mandi kolam air panas. Saya rasa tempat sebegini berlambak di Malaysia. Entah. x tahu lah kenapa saya mesti pergi ke sini. Tapi x pa lah. Boleh lah rendam2 kaki di sini. Di tempat yang paling atas atau tempat punca air panas ni.




Air terjun tu, air panas tau. Best kan? Tapi yang x best tu, air terjun yang orang duduk mandi ni adalah air hasil saya rendam kaki di atas tadi tu. Mula2 tengok macam teruja hendak mandi. Bila sudah tahu dan faham aliran air di situ, x pa lah.Cancle. Kita mandi di Malaysia sahaja.

Di bawah ni gambar sekitar di Bandar Bandung.. oh ya, Bandung pun macet juga..jadi bersabarlah kalau hendak dari satu tempat ke tempat yang lain.








Nama pun perancang bandar kan. Konon2 semua kemudahan dan infrastruktur dekat bandar tu hendak tengok. :D. Tidak mahu komen apa2 pasal keadaan bandar ini. Just say, thank's God, I'm Malaysian.




Ini gambar telekung-telekung dan kain2 baju di Pasar Baru. Tempat tumpuan orang atau pelancong untuk beli benda2 ni. Memang murah. Saya akui nya. Dan saya mungkin akan ke Bandung lagi tapi untuk ke sini sahaja. Tempat lain saya x mahu. 

Selain itu, kalau mahu shopping, tempat lain juga banyak. Seperti di Toko 3, Rumah Mode Factory Outlet dan saya juga ke Paris Van Java Mall. Tapi sayang..saya bukan kaki shopping..haha

Di mana stay waktu di Bandung? Saya stay di Golden Flower Hotel. Dekat sahaja denga Pasar baru. Boleh repeat banyak kali ke Pasar Baru kalau stay di sini. Hahaha. Mana lah tahu kan, nak habiskan duit-duit balance juta-juta tu sebelum balik Malaysia..haha

Okeh.  Sampai jumpa nanti!

No comments:

Post a Comment