Wednesday, March 30, 2011

:: Bandung Trip!

Tak berapa ada idea nak mengupdate hari ini. Tapi kepala dah berat, bosan menyudahkan repot2 yang pending ni. Bukak blogger.com dan tengok ada tak kawan2 mengupdate blog masing2. Dah buka dashboard tu, tulis sikit lah untuk hari ni.


Okeh. x mau cerita pasal kerja. Pasal ofis. Sebab memeningkan kepala. Cerita pasal lain. Lets pick gambar apa yang ada dalam pc ni.


Jumpa gambar waktu pergi Bandung hari tu. Oh, saya x da pun nk share jalan2 saya ke sana hari tu kan? Entah. Mungkin balik2 Malaysia saya terus tak sihat agaknya. Jadi mood untuk berkongsi cerita di sana pun tiada. Last2 x cerita. Ok. Sambung balik.


Saya jumpa gambar ini..... 






Ok. Dua gambar di atas ni di Gunung Tangkuban Perahu. Salah satu tempat yang mesti orang kunjung kalau sampai ke Bandung. Saya rasa lah. Sebab ramai sangat orang Malaysia waktu saya datang ke sini hari tu. Gunung ni adalah salah satu gunung berapi yang masih lagi aktif tapi dah lama menyepi. Ada cerita lagenda tentang Gunung Tangkuban Perahu ni. Nama Tangkuban Perahu ni disebabkan bentuk gunung ni seperti perahu yang terbalik. Ok. Cerita lanjut tentang gunung ni, boleh klik kat sini. Sebab saya tiada masa nak cerita panjang salasilah gunung ini. :D


Gambar berikutnya adalah ini;


Ini adalah saya di Sari Ater Hot Spring. Tempat mandi kolam air panas. Saya rasa tempat sebegini berlambak di Malaysia. Entah. x tahu lah kenapa saya mesti pergi ke sini. Tapi x pa lah. Boleh lah rendam2 kaki di sini. Di tempat yang paling atas atau tempat punca air panas ni.




Air terjun tu, air panas tau. Best kan? Tapi yang x best tu, air terjun yang orang duduk mandi ni adalah air hasil saya rendam kaki di atas tadi tu. Mula2 tengok macam teruja hendak mandi. Bila sudah tahu dan faham aliran air di situ, x pa lah.Cancle. Kita mandi di Malaysia sahaja.

Di bawah ni gambar sekitar di Bandar Bandung.. oh ya, Bandung pun macet juga..jadi bersabarlah kalau hendak dari satu tempat ke tempat yang lain.








Nama pun perancang bandar kan. Konon2 semua kemudahan dan infrastruktur dekat bandar tu hendak tengok. :D. Tidak mahu komen apa2 pasal keadaan bandar ini. Just say, thank's God, I'm Malaysian.




Ini gambar telekung-telekung dan kain2 baju di Pasar Baru. Tempat tumpuan orang atau pelancong untuk beli benda2 ni. Memang murah. Saya akui nya. Dan saya mungkin akan ke Bandung lagi tapi untuk ke sini sahaja. Tempat lain saya x mahu. 

Selain itu, kalau mahu shopping, tempat lain juga banyak. Seperti di Toko 3, Rumah Mode Factory Outlet dan saya juga ke Paris Van Java Mall. Tapi sayang..saya bukan kaki shopping..haha

Di mana stay waktu di Bandung? Saya stay di Golden Flower Hotel. Dekat sahaja denga Pasar baru. Boleh repeat banyak kali ke Pasar Baru kalau stay di sini. Hahaha. Mana lah tahu kan, nak habiskan duit-duit balance juta-juta tu sebelum balik Malaysia..haha

Okeh.  Sampai jumpa nanti!

Sunday, March 27, 2011

:: Sang Isteri Yang Ditinggalkan

Oh. Hari ini atau hujung minggu kali ini saya menghabiskan masa dengan seorang isteri yang baru kawin tetapi telah ditinggalkan sang suami. Bunyi macam kejam kan sang suami tu? :D
Tapi sebenarnya kawan saya ini ditinggalkan suaminya kerana suami tu pergi training di Pulapol. Hendak jadi bapak polisi.....

Jadi terpaksalah sang suami dan isteri berpisah selama 9 bulan lamanya. Kesian3. 


Itu lah dia, di sebelah saya, Nawal. Kena tinggal dengan suami dia. Saya panggil Joned. Nawal dan Joned sama2 sekolah dengan saya dan juga DN. Simpang 5. Saya x keluar jauh2 pun. Just pergi Jusco Taman Equin je. Mencari kasut kerja adik saya, Iya.


Muka comot saya semakin ketara. Benci lah. Nampak serabut je muka. Tu lah, malas nak make-up2. Tengok Nawal di sebelah, cantik ja. Seri pengantin kot :D. Ok2, fokus lah dekat brooch saya yang warna merah tu...tengok lah, tengok lah. Hehehe. Dah tua2 pun ada hati nak pakai brooch macam kanak2. Ada tulis 'love' lagi. Brooch tu saya jumpa di dalam bilik di rumah KKB. Mungkin kakak punya. Anak murid dia bagi kat dia rasanya. Saya jumpa, saya pakai lah. hahaha

Ok. Merepek 


Ini di parking Giant Seri Kembangan. Sempat lagi kan nak bergambar? Biasa lah saya. Semua tempat nak bergambar. Ok, hari ini saya temankan Nawal yang bosan sorang2 ditinggalkan suami. Sabar ye wi, insyaAllah bulan depan dah boleh melawat. Biasa lah kan. Orang baru kawin, makin rindu2 lah. :D

Ok! Sampai jumpa nanti!

Nota kaki: Saya pun rindu gak

Saturday, March 26, 2011

:: Saya Menyokong Hari Bumi

Saya menyokong juga kempen 'earth hour' tu. Konon-konon. Tengah menyokong lah ni. Rumah tutup lampu. Tapi buka tv dan on laptop.:D






Rasa2 nya berjaya ke kempen 'earth hour' ni yer? Untuk fight global warming. Harap2 nya berjaya lah kan. Siapa lagi nak selamatkan bumi kita kalau x kita semua kan?


Power lah kawan-kawan saya di rumah ni. Makan aiskrim, basuh pinggan juga kemas dapur, semuanya di dalam gelap. Nasib mandi pun x dalam gelap. Ok! Sambung cerita lain kali. 

Sampai jumpa nanti!

Friday, March 25, 2011

:: On The Birthday..

 On 24th..


Taman Pulai Utama 2008



Danga Bay 2008

On 25th..


Taman Sri Pulai Perdana 2009





KFC Tampoi 2009


On 26th..


Secret Receipt Bukit Jelutong 2010




TTDI Jaya 2010


Oh. Not my birthday today. Just recall how i celebrated my birthday last 3 years. It's not compulsory event and must celebrate it. No.No.No. But, million thanks to everybody around me that gave smile on my birthday.


On 27th?

Oh no! not going do countdown it but its remind me that 3 years to go for 30. Erm..

::Reminiscence



With my heroes. Forever.

Wednesday, March 23, 2011

:: Buah Pala

Okeh. Lunch break. Boleh berceloteh di sini. Nak cerita pasal buah pala. Tahu ke apa dia buah pala? Kalau x tahu boleh bagi taraf warga negara Malaysia dekat orang Bangladesh yang selalu tolong saya isi minyak kereta tu. Diaorang memang mengalu2kan sesiapa bagi kerakyatan Malaysia dekat diaorang. Ok, start merepek dah.

Sambung balik. Jadi saya anggap semua tahu apa dia buah pala. Ala....buah yang glemer kalau kita pergi Penang tu. Kat Penang kan glemer jeruk2 buah ni. Tu pendapat saya lah. Kalau sesiapa pergi Penang je mesti saya terus teringat buah pala dan mesti nak kirim. Kalau tau ada orang duduk Penang lagi lah, boleh tahap merajuk2 kalau datang KL x bawak sekali buah pala. Ala..macam lah x da kat sini. Mengada2 je lebih tu.

Akhirnya dapat juga saya makan buah pala yang saya hendak sangat tu. Saya hendak sangat makan buah pala sagat atau erti kata lain, buah pala yang kering tu. Tapi hari tu En.Hijas belikan saya buah pala jeruk + buah salak sekali. Nak merajuk tapi mengenangkan sekurang2nya dia ingat juga nak belikan buah pala, jadi x jadi merajuk. Hari Isnin hari tu saya ke utara untuk satu hari. Maksudnya, 'journey to a northern cost in one day' atas arahan bos. Saya berjaya membeli buah pala sagat di sana. Walaupun x da la saya beli betul2 di Penang, tapi saya puas hati juga sebab buah pala ni segar rasanya. Tak macam di pasaraya. Dan saya makan buah pala sagat ni seperti saya makan keropok.


Sumber gambar dari sini

Ha, ini lah maksud buah pala sagat yang saya hendak sangat tu dan saya hendak di beli dari Penang. Mengada2 kan? Tapi saya pedulik apa. Sebab kalau yang dekat pasaraya tu rasa dia dah jadi lain sikit. Macam x segar. Andaian sendiri tu. Sekian. :D

Tapi, hari tu En.Hijas belikan saya buah pala jeruk yang ini...


Sumber gambar dari sini

Still juga buah pala tapi yang ini sudah dijerukkan. Siapa yang suka betul2 rasa buah pala, boleh makan yang ini. Saya bukan penggemar jeruk dan bagi saya jeruk buah pala ni pahit. Hehehehe. Tapi disebabkan encik yang beli, saya makan jugaklah.caitt..podahhh!!!

Ok. Habis cerita untuk hikayat buah pala. Jumm sambung kunyah!

Sampai jumpa nanti!

Tuesday, March 22, 2011

:: Suara Saya Ke Yang Berharap?


Bukan suara saya tu. Tu suara Luna Maya.Saya pinjam suara dia.

Nak bagi lagu ni dekat siapa2 yang saya rindu. Yang lama x jumpa. Orang2 yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk jumpa saya. Orang yang duduk jauh dari saya. Orang yang duduk dekat seperti di dalam rumah tapi macam jauh jugak.Siapa2 yang dah betul dan ada kategori itu, maka lagu ini untuk anda! Tidak syak lagi!

Nota kaki: Kalau Ibad & Auni pandai baca blog Acik ni, awak berdua juga berada dalam kategori di atas!

:: Oh..Saya Merayu

Sepanjang hari ini, kerja saya adalah merayu dan membuat rayuan. Tolonglah...saya merayu yer tuan-tuan dan puan-puan. Macam-macam benda saya nak merayu hari ini..


Pertama, saya kena merayu kepada JKR meluluskan jalan keluar masuk seperti dicadangkan sebelum ini untuk projek perumahan skim gated di Semenyih. Pihak JKR suruh tukar lokasi jalan keluar masuk dan mintak lampu isyarat lagi. Jadi kenalah merayu untuk kekalkan cadangan sedia ada dan tidak perlu sediakan lampu isyarat. Biasalah, siapa nak sediakan lampu isyarat. Kos tu.


Kedua, merayu untuk membenarkan cadangan pembangunan yang dicadangkan ini adalah industri sebab pihak majlis menolak permohonan ini. Sebab zon yang ditetapkan adalah perumahan. Tapi tuan tanah nak buat kilang. Tapi saya setuju dengan tuan tanah ini. Bukan sebab dia client dan bagi duit  tapi if buat juga rumah kat situ memang x boleh jual lah. Ini berlaku di Kundang, Rawang.


Ketiga, rayuan untuk projek yang sama dengan perkara kedua di atas, tapi merayu kepada JKR untuk tidak sediakan TIA dan RSA. Erm...macam x patut je kena buat sebab tapak cadangan tu jalan keluar masuk pun x da lagi, dan sudah benarnya orang x berapa nak lalu lalang dekat situ. Kalau buat TIA, mau gak LOS A ni sebab langsung x sesak.Macam2 lah....


Keempat, merayu untuk mengenepikan syarat penyediaan peremiter planting di sekeliling bangunan SOHO di Seri Kembangan. Sebabnya, kita dah menyediakan lebih daripada 10% kawasan lapang dan dah terlalu mencukupi.


Erm..itu lah perkara-perkara yang saya hendak merayu hari ini! Bosan lah menjadi perayu ni...


Ok! Sampai jumpa nanti!




Nota kaki: LOS -Level of service. Kalau A, maksudnya jalan tu OK sangat! x da masalah traffic. Kalau E, traffic engineer kena cari solution how to slove it!

::Muntah..

Tengok semua benda...semua nak muntah.


Bye!

Sunday, March 20, 2011

:: Keadaan Diri

Tiada apa yang istimewa pun nak kongsi untuk hari ini. Badan saya x nampak pun tanda2 nak sihat dengan cemerlang. Erm..harap2 bangun pagi besok ok lah.

Sedih, abang dan kakak dah balik Kuching. Bulan 5 baru jumpa lagi. InsyaAllah kalau masing2 dipanjangkan umur.

Sedih. x sempat jumpa abah di airport tadi kerana saya tidak sihat. Tak mampu nak berdiri lama2. Maaf abah. Nanti kita jumpa yer!

Terharu. Mom kirimkan makanan untuk anak2 bujang dia ni. Tapi x lalu nak menjamah. Mungkin besok.Harap2.

Menyampah. Tengok gelagat dua orang hamba Allah ini. Punca? Erm..saya simpan sendiri. What goes around, turns around kan?

Rindu. Entah. Patut ke?

Kesimpulannnya, saya mengharapkan saya cepat sembuh sepenuhnya. Saya rindukan keadaan tubuh diri yang sihat dan cergas.Doakan saya!

Iya dan Cik


Sampai jumpa nanti!

Friday, March 18, 2011

:: Mode- Arca


Tiada apa yang istimewa. Hanya ingin berkongsi lagu ini di sini. Mungkin kerana tidak sihat dan rasa 'missing'


ARCA - Hattan

Hingga di sini
Langkah kaki terhenti
Tiada lagi tari
Hati telah terkunci
Oh…

Perlu dibuka

Dibasuh airmata
Penat dan lelah kita
Kini menjadi arca
dan replika

Bertemu dulu

Kini hanya cerita
Kenangan saat bahagia
Penyembuh rasa derita
Umpama cermin untuk hari muka
Oh…

Kau mengaku kita bertemu

Sebelum waktu saat keliru
Tak mungkin takdir menipu kita
Hingga cair keteguhan cinta
Oh…


Boleh klik di sini untuk muat turun. 

Sumber : 4shared.com



Gambar di Langkawi International Airport


Sampai jumpa nanti!


Thursday, March 17, 2011

:: Perut Mencucuk

Hari ni  x best. Start hari dengan pergi toilet berulang kali. Kalau lah toilet tu ada orang jaga dan kena letak 20 sen kat atas meja tu, dah beringgit2 habis rasanya hari ini. Kalau dekat Indonesia, sekali masuk toilet kena rp1,000, kalau lah kat sana waktu macam ni, bayangkan lah, berapa ribu dah habis. Miskin3.Ok, melalut di situ.

Erm, makan apa yer semalam?

i. Breakfast - minum air kosong
ii. Lunch - Nasi+Kerang+Telur + Air suam( ee..x da sayur. apa daa)
iii. Dinner - Nasi+Tomyam+Telur Bungkus + Sepotong betik + Limau ais (cam ne nak kurus makan nasi malam2)

X tahu lah yang mana satu puncanya. Orang lain yang makan sekali tengok ok je. Benci lah!


Gambar x da kena mengena tapi makanan2 ni mebuatkan saya tambah lagi setahun untuk tidak makan sebab saya kembang tekak nak makan lagi.  Nasi Padang. 

Sampai jumpa nanti!

Nota kaki: Sakit perut ni boleh jadi baik kot kalau boss keluar dari ofis.




Thursday, March 10, 2011

:: Randomization

Who is the most important person to you at the moment?
Family

What is your favourite smell?
Baby

What do you want from life?
Money2..haha

Who was the last person to call you?
Mom

Why did they call you?
Inform about my sis's flight

Who was the last person to text you?
Norzie

What was the text?
Ok.No probs.

Why did they send it to you?
She asked me to hang out together last night but i still at office that time.Hurm...

Are you excited for something?
At the moment? Nope....

List 5 people who you never want to lose.
- Mom
-Dad
-Brother
-Sisters
-Friends

List 5 people you think about everyday.
- I always thinking of everybody that i'm love. So can't name it in 5.

List the members of your family.
-Mom + Dad
-Udi + K.fiza
-Kakak+ Abg.Wan
-Iya + and future husband
-Shirah
-Ibad
-Auni

Who is your best friend?
The buddies that i'm in..

Whats your fav movie?
Home alone

Did you like this survey?
Ok la...

Wednesday, March 9, 2011

:: Cermin Pun Berdoktor..

Rasanya ramai kan yang dah tahu doktor cermin. Alah..kalau cermin kereta retak ke, kena batu ke macam JLP , x payah lah nak terus menerus ganti cermin kereta baru. Eh, nak ganti pun boleh, x da salahnya. Claim je insuran. kan? Tapi kalo mcm JLP tu..insuran cermin pun x da, ala2 baru nak tambah waktu renew roadtax n insuran nanti, so berpikir2 jugaklah nak ganti cermin tu serta merta kan.

Jadi, dengan ada wujudnya doktor cermin ni, dia boleh meng'repair' lah scar dekat cermin tu. Sekurang2nya boleh selamat lagi lah cermin kereta sementara nk tukar yang baru. Kadang2 kena batu tu sikit je, so boleh diselamatkan lagi lah walaupun lama kelamaan tetap kena tukar cermin baru juga.Dan itu lah yang terjadi kepada JLP. Saya pun x tahu lah bila dia kena batu. Sedar2 dah memanjang dah retak tu. Alhamdulillah lah cermin tu kategori double layer so its just cracking only. Kalau single layer dah berderai dah cermin tu. Saya pun orang doktor cermin tu bagi tahu.keh2

Jadi, hari ini saya pergi jumpa doktor cermin tu. Dekat je. Area umah je. Mintak dia repair. Akan tetapi, dia mensuggestkan saya tukar cermin baru sebab cracking kat cermin tu ada lebih kurang 10 inch. Panjang kan? Terukkan saya. Cermin retak pun saya x sedar. Dan dia tau insuran saya x cover untuk cermin depan tu. Dan untuk sementara ni, apa yang boleh buat adalah avoid that crack daripada menular. Eh, merebak. Dia cakap tahan lah dalam 5 bulan. Harap2.


Itu lah dia pembantu doktor cermin. Nama dia Didi. :D


Tengah tebuk cermin tu bagi crack tu stop


Dan yang Didi pegang tu lah Doktor Cerminnya. Type of liquid lah.


Mana ntah tempat yang lukanya? Kalo nak tengok, mai lah melawat JLP..


Ok..siap. Tu tengah nak kering kan.

Sekejap je pun. Mungkin sebab x da kereta lain. Dalam setengah jam sahaja doktor siap ubatkan JLP. Oh yer, harga untuk nak elakkan crack tu merebak hanya RM 70 sahaja. Ok lah kan? Dan harga untuk repair @ tutup scar tu dalam RM 150 ++. Dan untuk tukar cemin double layer bagi JLP adalah RM400 ( itu nanti saya akan buat).Jadi, jangan runsing2 nak tukar cermin kereta kalau terkena batu kecik sebab dah ada teknologi yang memudahkan kita.But remember, cermin kereta tu still juga kena tukar but boleh lah kita nak take time ;D Boleh lah nak shopping2 dulu duit tu.

Sampai sini dulu yer. Boleh klik di sini kalau nak tau apa tugas doktor cermin tu yer. Sampai jumpa nanti!



Tuesday, March 8, 2011

:: Saya Dan Telinga Saya

Yea! yea! saya dapat kembali telinga saya. Jadi saya mengumumkan hari ini saya ada telinga baru! erk..sesuai ke?  Erm, kenapa la plak tiba2 terkinja2 mcm dapat emas je kan..

Ceritanya begini. Sebenarnya masalah telinga saya ni dah lama. Tapi baru jumpa doctor untuk cek telinga ni dalam 2 minggu lepas. Tu lah nye. Terlebih suka korek telinga. Suka korek ye! Bukan x korek!huhu. Dan disebabkan rajin sgt nk mengorek telinga, jadilah banyak earwax..Yurks! Dan disebabkan itu juga..saya menjadi tidak dengar. 

Maksudnya di sini, saya kerap mengorek telinga dan salah teknik untuk membuang tahi telinga tu dan menjadikan benda tu jadi ke dalam. Makin lama makin ke dalam dan akhirnya...telinga pun tersumbat..Jadilah muka cantik tapi pekak. Jumpa doc hari tu, dia bagi saya ubat titis. Saya kena guna selama seminggu dan lepas seminggu saya kena dtg balik. Tapi doctor ada cakap, kalo saya pandai guna ubat tu, saya x perlu datang balik. Jadi saya ni kategori pandai guna kot...so sampai hari ni saya x pergi pun jumpa doctor tu lagi.

Agak sengsaralah waktu pakai ubat tu. Saya jadi demam yang agak demam jugak lah. Antibodi x kuat. Doctor tu pun x bg saya antibiotik. Dia cakap antibiotik x sesuai untuk saya. Macam pelik je doc ni. kan? Dekat seminggu saya suffered sorang2.sedih3. Tapi sekarang telinga saya semakin dengar tapi saya dalam proses nk membersihkan telinga lah. Dan saya dah boleh jawab telefon dengan meletakkan telefon di mana-mana telinga yang saya suka!

Okeh lah, info tentang telinga boleh klik di sini. (saya rasa ni indon punya website lah tapi info dia still can use..)

Dan tips membersihkan telinga boleh jumpa di sini. Banyak lagi website lain tapi ini sahaja yang sempat saya google kan.




 x kan lah saya nak bubuh gambar telinga saya kan? x berapa nak sesuaiiii.....Gambar saya waktu di ofis lama di JB dulu.


Dan saya di Mahkota Hotel, Melaka. 


Sampai sini je lah entry yang ini. Oh, lagi satu, kalau rasa telinga x berapa nak dengar, boleh lah pergi check and ear cleaning dekat hospital kerajaan. RM 1 sahaja untuk caj pendaftaran. Saya ni pergi klinik swasta jadi kos pun lain. x pe...company bayar. Sebab saya x sempat nak ke hospital kerajaan atau poliklinik 1 Malaysia..tu yang pergi mana dekat je. Tu yang untuk datang kali ke 2 saya macam malas je sebab nanti company yang kedekut ni bising plak. 

Ok. sampai jumpa nanti!

p/s: Ada orang yang sanggup nak share telinga dengan saya if takdir betul2 saya pekak. Tapi..telinga saya sudah berfungsi balik! x perlu nk sharing is caring! woot..woot...



:: Liver Kah?

Semangat bola sepak yang jitu..








Itu saja....

Nota kaki : Fan saya tetap di hati....

Saturday, March 5, 2011

:: Entry Ringkas

Saya rasa saya rindu.....hendak buat apa? Entah..tiada idea.


Ada ke yang rindu saya di luar sana? Entah..tiada idea..


Harap2 rindu saya terubat.....


okeh. end.

Friday, March 4, 2011

:: No White Coat?



Kenapa yer x boleh pakai??? 

Mula lah tu nak serabut dengan soalan yang x da kena mengena dengan diri.


Ni aktiviti x da kerja lah ni waktu 5 jam dekat Hospital Serdang hari tu. Semua benda saya nak telek. Yang x da isu saya pergi cari isu. Ni lah nye...

Dan...saya x da jawapan khusus untuk soalan yang saya create sendiri. Tapi..mungkin ada jawapan nya di sini..

Okeh! Sampai jumpa nanti!


Wednesday, March 2, 2011

:: She's Crying..

There..she is crying..




Cik caca trying to comfort her...




But....she still crying....ermmm..(what to do ha?)




At last....she stop crying. Good job Cik Caca!




Erm..baby Aishah....kenapa menangis ni? Acik baru nak main2 dengan dia....