Tuesday, December 27, 2011

:: Me dan Teh Hijau

Lately ni badan macam x berapa bagus lah. Pening, sakit tekak hidung x selesa. Pening kepala lah yang paling ketara. Tapi, makan tetap berjalan lancar seperti biasa. Balik keja hari ni semakin ketara pening kepala. Dari Selayang ke rumah dengan sesak kat Jalan Ipoh, LDP..adoii....rasa nak tertidur dah dalam kereta tadi. Tapi teringat plak yang tengah drive, so x boleh pejam mata. Bestnye kalau ada orang tolong bawakkan kereta.

Pening-pening pun, Tentang Dhia tetap tengok juga. Dengan serabut mak mentua dhia, adik ipar, laki dia...buat lagi kepala berdenyut-denyut. Wah...feeling habis tengok drama tu.hahaha. Tu belum serabut drama Karma kejap lagi..ok, agak-agaknya pening kepala ni boleh hilang kot dengan minum teh hijau. Entah, mana petua ntah belajar. Rasa-rasa je tu.Teh hijau tu pun ada lagi. Jadi, rendam uncang teh tu....tunggu dalam 10 minit dan minumm....

Terasa nak search pula khasiat teh hijau..Just random sahaja ye.antaranya:-

i. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
ii.Membantu mengawal paras gula darah
iii. Membantu dalam sesetengah penyakit barah
iv. Menguatkan sistem imun
v. Menurunkan aras kolestrol
vi. Menggalakkan pembakaran lemak

Wahh....yang point terkahir tu saya sangat berminat. Nak minum hari-hari lah macam ni. Ok, dah tahu kan kebaikan teh hijau...jadi dapatkan produk kami di pasaran sekarang.Hahahaha....Gila dah datang tiba-tiba.

Saya x jual produk apa-apa ek...bukak website khasiat teh hijau tu, last-last dia suruh klik buy product...keh2...cari dekat Carrefour sudah teh hijau tu. Ok lah, rasa pening dah hilang sikit-sikit. Tapi rasa mengantuk plak yang datang tiba-tiba. Semoga bermanfaat.

Sampai jumpa nanti!

Sunday, December 25, 2011

Tuesday, December 20, 2011

:: Lunch - FruitLand

At last, berjaya juga we grabbed pass untuk Ombak Rindu. Walaupun agak terlambat untuk menonton dan dengar cerita dah box office ye?, saya dengan bangganya nak cakap, saya berjaya tengok cerita tu dan percuma! haha. Thanks Nuffnang for complementary pass sempena birthday saya. Wahh...x pasal-pasal sampai ke The Mines saya tengok wayang semata-mata hendak cari TGV. Sebab tahu, Sunway Pyramid for sure full dan hendak ke KLCC memang x kan la.. 

Ok, bukan cerita atau sinopsis Ombak Rindu ye. Hendak kongsi pasal makan. Selagi boleh makan, makan, makan dan makan sampai gemuk. Before tengok wayang, kena pergi makan. Pergi tengok dekat map yang ada tepi-tepi escalator tu mana-mana kedai makan...dan si housemate  nampak salah satu senarai kedai tu yang bertajuk Fruit Land. Ok, decide cari lah kedai tu. Rupa-rupanya, kiosk tu belakang we all je. Fine, nasib belum seberang sungai Mines tu lagi.

Lets share picture....


It just a kiosk. A bit crowded but still comfortable. Maksud selesa adalah selagi boleh lunjur-lunjur kaki dan orang tidak langgar kerusi or meja yang saya duduk, saya credit selesa.


Erm, selesa lah kan sampai boleh tengok how they prepared food. Hohoho. Sekurang-kurangnya tahu yang diaorang pakai glove untuk buat kerja. Ok, extra credit lagi. 


Nyum2. Sampai dah..haha..tapi x ingat nama apa. Tanya housemate la ye. Nice, sedap..nanti nak datang makan lagi.


Ok, ini deqnoor. Dia cakap dia selsema tapi dia makan benda alah perasa honeydew tu dengan nikmat dan selesa. Entah. Ubat selsema agaknya.



Ok, serius saya lupa nama kedua-dua makanan tu. Tapi yang saya makan yang macam megi kari tu boleh tahan lah. 

Ok, saya nak pergi lagi sini..hehe

Sampai jumpa nanti!




Friday, December 16, 2011

:: Rasa Letih Sahaja

Saya setuju lah dengan pandangan 'kalau otak letih, seluruh badan akan rasa letih' Ye la, semua orang tahu otak adalah organ penting yang mengawal seluruh pergerakan tubuh badan.Eh, betul ke x statement tu.

Saya rasa letih atau penat lah dua, tiga menjak ni. Padahal kerja duduk sahaja depan pc.Hahaha. Jadi, sekarang saya memang rasa penat...Bestkan letih-letih ni buat benda-benda macam kat bawah ni....

  1. Duduk atas kerusi urut yang selalu ada dekat shopping mall yang letak Rm1 boleh massage 3 minit. Tapi saya nak letak RM20 lah...boleh kena urut sejam. Kalau pergi massage dan suruh minah thai tu urut, kena lah paling tidak RM50 sejam (itu harga di Rawang yer).
  2. Rasa nak berendam dalam air panas suam-suam lama-lama dan jangan ada gangguan sesiapa........best2
  3. Tidur lah...apa lagi! hahaha....good night semua
Sampai jumpa nanti!

Wednesday, December 14, 2011

:: New Baby

Hi there,

You are most welcome to view my new blog


Don't worry, She's a Lady still alive...
Just gatal tangan mahu tambah lagi satu page

Sila kunjung ke sana dan sampai jumpa nanti di sini ye!

Friday, December 9, 2011

Monday, November 28, 2011

:: Guangzhou Trip!

Hari ini cuti umum. Sempena 1 Muharram. Kepala saya sudah berdenyut-denyut sebab pagi-pagi lagi saya sudah mengadap laptop untuk sudahkan kerja.Ok, bukan cerita pasal kerja. Tapi hendak bercerita secara tenang dan penuh tentang saya berjalan-jalan awal November hari tu. Agak basi dan mungkin ada yang sudah bosan tapi saya kena cerita juga sebelum saya ke sana lagi sekali..:D. *poyo. Tapi iye, saya akan ke China tapi bukan daerah yang sama. Ke tempat lain pula....

Version ; Ringkas dan Padat dan harap-harap info boleh membantu

Mula cerita, saya dan kawan-kawan termasuk saya ada lima orang. Ala-ala redah sahaja ni. Jangan kena jual sudah di sana.Walaupun ada tiga bodyguard, saya tetap juga tidak rasa selamat.Hahaha. Pengakuan ikhlas ye kawan-kawan :D


Actually, trip ke Guangzhou ni lebih kepada jalan-jalan sahaja atau senang cerita terlebih duit dan pergi grabbed tiket murah Airasia.Lepas ni hendak grab lagi katanya. So, no specific purpose la. Just hendak tengok tempat orang. Decision i can conclude, yup, really2 jalan-jalan dan tengok tempat orang sehingga saya sakit kaki dan week after touch down Malaysia baru boleh berjalan secara normal balik.

Makanan halal. Alhamdulillah. Senang dan mudah sahaja. Just jarak walking-distance from our hotel pun, dah boleh jumpa dah beberapa kedai makan yang halal. Menu dan gambar hampir sama yer setiap kedai makan. 


Oh ya, saya memang tidak makan kambing tapi sewaktu di sana saya makan juga. Kambing bukit/gurun. Erm, rasa tiada beza dengan daging lembu. Tapi saya tetap tidak akan makan kambing di Malaysia. Kebanyakan makanan halal di sana bertemakan kambing lah. Mungkin senang dapat agaknya.


Makanan kegemaran saya di sana. Nasi Goreng Cina. If convert in MYR just RM 3.50. Berpatutan kan? Ada ke harga macam tu kalau dekat Puchong ni? erm....Ok, saya x ingat la nama jalan atau nama tempat sebab saya langsung tidak pegang peta sewaktu di sana tapi yang saya ingat kedai makanan halal ni ada dekat depan gereja besar di Ghuangzou ni dan lagi satu di dereten kedai dekat sungai.


Ha..yang ini gereja...


dan yang belakang tu gambar sungai. Hahaha..kejam kan? x tau nama tempat. x boleh jadi tourist guide langsung. Sangat x membantu. Eh, tapi we all memang tunjuk gambar sahaja untuk tanya tempat di sina. Mana ada di antara kami yang pandai mandarin. Jadi, gambar-gambar dalam kamera juga banyak membantu.

Tiada masalah untuk bergerak di sana. Public transport agak senang. Metro Station pun tidak jauh dari hotel. Boleh berjalan dalam 10-15 minit sahaja. Tapi the best transport there adalah ini...


Seriously, sampai hari ni saya x tau panggil apa motor ni. Tapi kami panggil tut-tut sahaja. Macam di Thailand tu. Boleh bawak 3 penumpang dalam 1 masa ok. Jangan x percaya. Dan paling best, tut-tut memang akan wrong-way dan jalan ikut suka. Bayangkan, without helmet dan just ada pemegang besi...boleh membazir nyawa juga tau naik benda ni. Tapi sangat seronok. Senang nak dapat benda ni. Dekat Haizu Square tu berlambak-lambak. Kami naik ni bila dah penat nak balik hotel. Dari Haizu Square ke hotel di Cangida Malu adalah RM5..mahal sebenarnya tapi tetap naik juga.

Waktu di sana adalah tengah Canton Fair. Itu adalah fair untuk pemborong-pemborong seluruh dunia memborong barang-barang. Untuk business berskala besar adalah sesuai untuk datang waktu begini. Jangan risau, Canton Fair ni memang ada setiap tahun iaitu April dan Oktober. Jadi siapa-siapa yang nak pergi merasa tengok Canton Fair, cari tiket middle of April or October ye.


Saya sudah jadi registered international buyer. Kalau saya ada duit berguni-guni dan hendak berniaga saya akan datang lagi. Hahahaha. Dan disebakan fair tu juga menyebabkan harga bilik hotel melambung naik lebih dari biasa. Harga bilik yang saya stay pun saya x tahu harga sebenar dan saya tahu bayar sahaja tapi Min cakap mahal sikit daripada rate biasa. Tapi saya rasa masih lagi berpatutan.


Dan boleh beli ini di dalam bilik yer..oopsss


Rasa sudah tiada idea lagi. Mahu cerita di Hong Kong tapi nantilah sebab saya di Hong Kong hanya sehari sahaja. Tapi saya rasa macam mahu ke sana lagi lebih2 lama. Sebab saya lagi suka Hong Kong dari Guangzhou. Tunggu lah...bila terlebih duit lagi sekali. Overall , seronok juga tapi bit tired. Sebab pergi without agency. Jadi semua kena cari sendiri tapi yang penting boleh dikategorikan destinasi luar negara yang bajet.

Walaupun langsung x tau cakap mandarin still juga saya berjaya berkomunikasi. Just frust sedikit waktu hendak membeli belah. Bawa sahaja kalkulator dan sangat membantu. Simple tips, untuk tawar menawar. If diaorang letak price, do bargain half of that price because that price is real price for that things.


Ini di Hong Kong


Ok, sampai jumpa nanti!
























Tuesday, November 22, 2011

:: Home Office

New year countdown, its begin...


Everyone want it before new year, as usual. Me, bring back home, also like usual..
Now, thinking...boss..why not you provide SOHO for us?
Ok, lets finish it!
See later!

Wednesday, November 16, 2011

:: Suka Juga Lagu Ni..

Ok, saya rasa lagu yang saya nak kongsi kali ni bukan lagu baru tapi tak berapa lama lah. Saya rasa lah yer. Sebab sebelum ni saya pernah dengar lagu ni tapi macam buat x tahu sahaja. Hari tu terdengar dalam kereta, macam seronok pula lirik dia. 


Aiman - Cinta Terakhir

Oh, lagu ni tiada kena mengena dengan saya atau sesiapa yang saya kenal. Saya sekadar berkongsi lagu yang baru terhegeh-hegeh saya nak suka. Agaknya Aiman ni dah banyak lagu lain tapi saya baru nak kenal dia. Hahaha. Jangan marah ye Aiman penyanyi lagu ni. Saya memang lambat sikit tahu pasal benda-benda gini. Tapi Encik Aiman comel ok! Don't worry :D

Untuk lirik, kalian cari sendiri ye. Ok, sampai jumpa nanti!

Tuesday, November 15, 2011

:: Sambung, Hong Kong

Ok, sambung cerita yang lepas. Tekan sini ye. Masih tema yang sama. Saya berjalan-jalan hari tu. Tapi kali ni saya singgah Hong Kong. Wahh...gaya macam senang je nak singgah menyinggah ni ye. Padahal saya dan min, kena asing laluan keluar imigresen sebab kami adalah perempuan. Saya pun kurang faham kenapa laluan diasingkan mula-mulanya. Tapi waktu saya lalu di situ baru faham. Laluan perempuan diasingkan sebab kalau ada apa-apa yang memusykilkan dalam beg ke, baju ke, tidak lah terlalu umum nak buka beg atau lebih tepat baju. Erm, musykil balik sebab yang jaga situ tetap orang lelaki. 

Erm, kongsi gambar di Hong Kong ye. Gambar Hong Kong, bukan gambar saya. Tengoklah, kalau rajin saya selit juga muka saya.:D






Ok, saya bosan dah la memuat naik gambar ni. Saiz besar dan internet tidak menggembirakan dan malas hendak kecilkan dulu saiz. Nasib sendiri. Perut pun macam x menyokong je saya cerita banyak-banyak kat sini. Lain kali saya tulis lagi.Tunggu je la ye!

Sampai jumpa nanti!






Sunday, November 13, 2011

:: Jom, Tengok dan Jalan-jalan.

Sedang menonton perlawanan bola sepak sebenarnya antara Malaysia dan Cambodia. Sedang 3 - 1 sekarang. Semakin bosan sudah saya. Jadi, menulis di sini pula. Rasa mahu berkongsi cerita. Saya ke Ghuangzou dan Hong Kong dalam dua minggu sudah. Belum berkongsi gambar dan cerita pun lagi. Jadi, kali ni saya kongsi yer. 

Sebelum tu saya cakap terang-terang yer. Bukan saya hendak kongsi gambar muka saya tapi gambar sekitar dan di sana yer. Kata pun town planner kan. Jadi, gambar berunsurkan bandar lah yer untuk tatapan kali ni. Jom...

Mula di Ghuangzou dulu yer,








Ok, malas sudah pilih dan tunggu upload.

Nanti sambung dan dengan cerita sekali yer. Harap-harap.

Sampai jumpa nanti!



Wednesday, November 9, 2011

:: Welcome Thursday

Nothing,
Just want to say, good night Wednesday


and welcome Thursday!

See You!

Saturday, October 29, 2011

:: Function - Away


Short updating,

Mode - Function =====> Away

Pray me safe.



Sampai jumpa nanti!

Thursday, October 27, 2011

:: Pending 'Prep'

Clothes - pending
Toiletries -  pending
Food - done (makanan ingat dulu)
Exchange Money - pending

Ok, bersilat kat office dulu yang penting. Sampai jumpa nanti!

Wednesday, October 26, 2011

:: Don't Be Afraid Of The Dark - Premiere Screening

Ok, sementara saya mempunyai idea, baik saya mengupdate sekarang. Nanti makin bertambah draft post yang tersimpan. Dan kemudian bila dah rasa makin banyak, saya delete, lepas tu tambah balik...lepas tu delete balik.

Kali ni hendak kongsi lagi satu movie yang saya pergi tengok secara percuma dan seperti biasa di taja oleh Nuffnang. Don't Be Afraid Of The Dark, erm, dengar tajuk pun bukan lah genre saya tapi pass ditajakan...apa salahnya? :D. Tapi saya dah siap-siapkan diri awal-awal untuk menutup mata untuk apa jua kemungkinan..


Tempat : GSC MidValley


Seperti biasa. Akan pergi menonton dengan housemate. Tetapi kali ni agak bertuah sebab we all sama-sama dapat pass. Satu nama dapat dua dan jadi ada empat tiket kesemuanya dan ada lagi dua orang kawan yang menonton bersama kami. Tak payah tayang muka diaorang sebab dua-dua muka membuatkan saya nak lempang gak :D

Cerita secara ringkas dan caca marba dan tidak konsisten pasal movie. Mengenai sejenis makhluk yang suka padamkan lampu dan cabut gigi kanak-kanak. Masalahnya gigi...kenapa lah x benda lain ke seperti bulu ketiak ke..ok, mula merepek. Seperti sedia maklum, saya bukan peringkas cerita yang bagus..untuk ringkasan cerita secara faham, sila jenguk ke blog housemate saya. Sebab tadi saya curi-curi pandang dia update blog dia dan ada ringkasan movie ni.

Secara kesimpulan awal, cerita ini bukanlah cerita seram yang saya terbayangkan sampai menutup mata. Cuma dia agak suspen sedikit tambah ada horror dan ada sikit-skit fiksyen. Agak macam tidak berapa logik tapi ada jugalah scene buat saya terkejut. Kesimpulan akhir saya bagi 2/5 sahaja...Sebab...saya masih blur dengan makhluk-makhluk ala-ala toyol tu..background kewujudan makhluk tu tidak berapa kukuh. Ececeh...mengulas sahaja pandai. Cuba buat cerita sendiri..Macam lah reti..

Ok, cubalah tonton cerita ni. Tapi tidak sesuai tengok kalau anda semua tengah serabut. Ok, sampai jumpa nanti!

Monday, October 24, 2011

Thursday, October 13, 2011

:: Real Steel - Premiere Screening

Sebelum mulakan entry kali ni, thanks to housemate sebab dia yang menyebabkan saya 'terpaksa' menulis entry kali ni. :D

Ok, sambung cerita. Sekali lagi saya menonton filem awal dari tarikh yang ditayangkan dengan ditaja oleh Nuffnang. Seperti biasa lah, cara mendapatkan tiket tajaan ini adalah hasil perah keringat housemate dan cuma kali ini, beliau hanya berjaya mendapatkan tiket tajaan sahaja tetapi tidak berjaya menonton. ekekeke....

Movie kali ni sangat tertarik, menarik dan saya memang teruja hendak menonton iaitu Real Steel


Tempat menonton : Cathay Cineplax e@Curve


Seperti biasa, akan mendapat 2 pass dan lencana Nuffnang. Lepas ni kalau brooch saya hilang, jangan terkejut saya pakai benda alah tu sebagai ganti yer...sebab dah beberapa biji dah saya ada. :D


Ha, saya lah tu. Selalu saya akan tengok dengan housemate. Tapi disebabkan beliau berada di luar daerah, saya pun bergegas2 menelefon skandal yang ada untuk meneman dan memaksa dia mengcaptured gambar saya. hahaha. Maaf, muka peneman saya untuk menonton filem ini tidak dapat disiarkan di sini sebab gambar-gambar dia semua berwatak...'rasa nak lempang je!! ' :D. Apa-apa pun, thanks my 2014 'furute husband' sebab kena temankan saya.

Ok, berbalik kepada movie. Saya bagi double thumbs up. Cerita mengenai seorang peninju yang sudah tidak mahu bertinju. Tetapi bakat tinju yang dia ada di apply ke robot dan robot-robot tu lah yang bertinju. Cuba tengok trailer movie ni yer..



Mula-mula cerita cerita macam membosankan tetai makin lama makin teruja sampai lah tamat. Movie ni guna bottom up approach. :D

Ok lah, seperti biasa. Saya bukan lah pemendek cerita/ movie yang bagus. Yang pasti cerita ini best, seronok, terbaik...Pergi lah tengok ye. Saya pun ada rasa hendak menonton lagi sekali. Sesiapa yang sanggup belanja saya...saya on sahaja!! :D

Bye. Sampai jumpa nanti!







Monday, October 10, 2011

Aku..........Maafkan Kamu

aku maafkan kamu,
tak perlu kita bertemu, cukup kau tahu 
yang aku maafkan kamu,
tolong teruskan hidup jangan sebut namaku............



Sunday, October 9, 2011

:: Rahsia Hidup............Nora


Tau kan teater baru Tiara Jacquelina? 'The Secret Life of Nora'. Erm, tidak terfikir pun saya hendak pergi menonton teater ni. Tapi, saya terpegi juga tengok hari Rabu baru-baru ni. :D Last minute planned sebenarnya  Nozie ajak saya.


Cerita serba sedikit ye. Teater ni menceritakan pasal Nora, seorang penyanyi kelab malam. Dan satu hari dia dapat tawaran berlakon dan dipanggil untuk casting. Dipendekkan cerita, sebenarnya, pengarah yang memanggil Nora berlakon ni bukanlah sebenar-benarnya pengarah filem tetapi salah seorang yang dilantik oleh agensi penyiasat untuk melatih Nora menjadi penyisat. Task mereka adalah menumpaskan satu agensi yang memperdaya gadis-gadis untuk menjadi pelakon. Cerita lebih kurang ala-alan Nora Zain tahun 1960-an tu.

Ok, tengok gambar sahaja ye. Kualiti tidak menyeronokkan. Kamera telefon saya yang serba biasa sahaja.








Teater ni macam Tiara Jacquelina ni syok sendiri kan? Dia pengarah, dia heroin dan dia pun penyanyi. Saya pun terfikir juga begitu. Waktu mula-mula tengok promo teater ni sebelum movie mula di cinema. Tapi bila selesai teater ni, ok lah, saya credit to her la. Kalau dia syok sendiri pun, saya terima dan x pe lah kalau dia nak syok sendiri pun. :)

Dan, gambar yang harus ada....


Dengan Nozie


U all ada? :D

Ok, sampai jumpa nanti!