Wednesday, May 23, 2012
:: Saya Berbasikal
Monday, May 21, 2012
Sufiesya's 2nd Birthday
Friday, May 18, 2012
:: Greatest Alarm
In life, walaupun x semua orang tapi kebanyakannya lah akan set alarm hp especially untuk bangun pagi. Dalam ramai-ramai orang tu, salah seorangnya adalah saya. To be honest, every morning, I already set 5 different times untuk saya bangun pagi. Pertama adalah untuk Solat Subuh. Dan memang saya sedar tapi tak bangun lah untuk solat. Alarm yang kedua baru saya bangun. Sekitar pukul 630 pagi. Kemudian for sure la saya akan tidur balik kan. Alarm ketiga,keempat dan kelima adalah untuk pergi kerja. Jadi bayangkan lah berapa fasa bunyi-bunyian yang saya perlu ambil setiap pagi untuk menguruskan diri sahaja.
Bila fikir balik, kalau tiada hp mesti saya susah untuk bangun pagi dan x da idea nak tahu sekarang pukul berapa. Nak harap jam dinding memang x da lah sebab dalam bilik atau lebih tepat lagi rumah saya memang sudah tiada jam dinding selepas dirosakkan oleh saya hari tu. Nak ambil jam tangan memang malas lah nak turun katil kan. Jadi semua bergantung di hp.
Tapi sekarang, saya dah jumpa alarm yang terbagus di muka bumi Allah ni iaitu AZAN. Saya bersyukur kerana saya tinggal di dalam kawasan yang setiap kali masuk waktu solat akan dengar sampai dua,tiga azan. Saya terjaga dari tidur pun bila terdengar bunyi azan Subuh. Saya bangun dulu dari alarm yang saya set dekat hp. Bila hari cuti,kalau dah dengar azan Zohor, saya tahu, alamak dah tengahari..aku belum mandi lagi! Hahaha. Bila dengar azan Asar,alamak dah petang,x de benda berfaedah pun yang aku buat hari ni. Erm... Bila dengar azan Maghrib, Ya Allah, aku belum mandi lagi untuk berjumpa denganMu kejap lagi. Dan bila saya dengar azan Isyak, Ya Allah, sekejapnya hari ni dah berlalu..Semoga Kau panjangkan umurku untuk esok hari.
Sampai jumpa nanti!
Wednesday, May 16, 2012
Thursday, April 26, 2012
:: Kerja Agak So..so..
Hari ni saya tidak mahu jadi sarkastik yang mengatakan 'eh, saya sangat suka kerja saya' atau 'wah! Bestnyeee kerja..' memang tidak! Sebab hari ini dan bermula semalam, saya dah mula bosan dengan kerja, kerjaya entah mana-mana serta tanggungjawab saya di office. Ya! Memang saya dah mula bosan. Dan anda semua pun dah mula bosan dengan cerita saya ni juga kan?
Kadang-kadang dan macam selalu juga rasa mahu berhenti kerja dan nak buat benda lain sahaja dari rumah dan dapat duit. Eh, bencilah. Waktu menaip pun rasa benci je nak meneruskan cerita. Better stop. Ok, babai. Sampai jumpa nanti!
Sunday, April 22, 2012
:: Saja Update dan Ole-Ole Bali
:: We Can't Change World
Already 4am. Bukan saya tak boleh tidur tapi saya terbangun dari tidur. Tidur awal saya tadi. Lepas solat Isyak terus tidur. Terjaga sebab felt not good tiba-tiba. Rasa panas dalam badan. Terus terfikir, Ya Allah, jangan Kau ambil lagi nyawaku. Erm, tapi kalau dah tiba masanya, mana boleh tahan-tahan kan? Ok, takut nak fikir.
Saya nak kongsi cerita tentang diri saya. Dulu saya ada berkawan rapat dengan seorang lelaki. Waktu saya berkawan dengan dia dulu, ada beberapa orang yang rapat dengan saya tida gemar saya rapat dengan dia. Bukan sebab dia tak baik tapi mungkin sebab dia kategori kasar. Bergurau kasar or atau lebih tepat tak berapa gentleman. Mungkin. Saya berkawan dengan dia pun tak lama. Dan ada beberapa kawan dan famili juga cakap, semenjak saya kawan dengan dia, saya pun bercakap ala-ala kasar juga. Wahh, saya bukan lemah lembut orangnya yer, kasar juga tapi kesan berkawan dengan lelaki ni saya jadi double kasar. Kot..
Sebab-sebab saya tidak berkawan lagi dengan dia tak perlu lah nak kongsi dekat sini. Nak cakap tiada persefahaman lagi dah bunyi macam artis pula kan? Tapi memang sejak berkawan pun dah tidak persefahaman. Saya ni jenis tak kisah tu yang bertahan tu. Setahun juga lah berkawan rapat.
Ceritanya, sejak akhir-akhir ni, we all ada contact but just in alamaya sahaja. Ada beberapa kali dia ajak keluar minum dan saya memang elak. Sebab saya rasa, masa saya dah tiada untuk dia. Wahhh kejam kan? Yang saya rasa macam berat x mahu berjumpa, dia still lagi sama. Maksudnya, perangai kasarnya dan menganggap saya masih lagi watak manusia yang untuk dibahan. Dulu, waktu berkawan, dia suka bahan or ejek saya depan orang lain. Anggapan dia mungkin mahu bergurau atau menyakat saya. Tapi anggapan yang mendengar, mesti akan cakap 'bodohnya perempuan ni, biar je diri kena bahan'. Erm,mungkin. Saya dan dia memang agak lama x contact. Jadi, saya menganggap, sekarang kalau hendak berkawan macam orang lain, tiada masalah la. Saya berkawan seperti biasa. Maksudnya nak ajak minum, kita ajak sekali kawan lain dan bukan berdua. Tapi tu pun belum tentu saya nak pergi. Hahaha
Ok, back to topic. Saya ingat, bila dah lama x contact, mungkin akan jadi seperti asing lah kan. Tiada lah macam kenal rapat dulu. Jadi dia pun, saya rasalah cuba nak berwatak seperti dulu. On my side, memang tak dapat lah. Saya layan seperti kawan yang biasa. Tapi yang saya tak faham, kenapa mesti nak ejek or bahan saya lagi? Agak-agaknya, dengan semua orang ke dia buat benda yang sama. Kalau saya ni kawan biasa, maksudnya dengan kawan-kawan lain pun seperti begitukah? Dengan kawan rapat mungkin begitu kot tapi saya bukan kawan rapat dia lagi. If saya kawan adalah kawan dia pun, tak kan suka-suka kita nak mengejek or bahan orang kan? Serapat mana pun kita, sifat respect tu tetap kena ada.
Dan saya membuat kesimpulan, ye, dia tetap sama dan tidak berubah. Yes, I agreed, we can't change world, others behavior but just we only can change ourselves. Make it simple, if we want people respect us, we must respect them first. Saya terfikir, apa silap saya yang membuatkan dia tak pernah nak respect saya? Ke dia memang tak hormat semua orang kot. Eh..
Sampai jumpa nanti!